Sunday, October 19, 2008

MADRASAH MALAM SEORG DAIE

Dakwah Islam hari ini tidak akan dapat ditegakkan selagimana para da’inya tidak menyalakan obor mereka pada waktu malam. Cahaya dakwah juga tidak akan dapat bersinar dan memecahkan kegelapan jahiliyah kurun dua puluh selagimana ia tidak melaungkan ‘ya qayyum’.
Bukan kami orang pertama mengatakan ini. Sebenarnya ia adalah wasiat Imam Hasan al-Banna ketika beliau berkata kepada para da’i:“Minit-minit malam amat berharga. Janganlah kamu menjadikannya tidak bernilai dengan kealpaan kamu.”
Adakah kita sedar keperluan untuk mengembalikan semula ciri utama ini? Atau adakah kita telah terpedaya dengan ijtihad baru yang memungkinkan kita bermudah-mudah dan bermalas-malas?Sesungguhnya kata-kata Allah tidak berubah. Tetapi kita telah memurahkan minit-minit malam yang amat berharga itu dengan pelbagai kealpaan. Hingga tanggungjawab menjadi terasa amat berat dan Allah tidak memudahkan segala urusan kita..!
Kemenangan dakwah bukan terletak pada helaian kertas yang bertimbun. Tetapi ia terletak pada kembalinya orang yang ikhlas kepada ‘adat kebiasaan’ generasi awal. Bila hati menjadi suci dengan taubat dan mula dapat tersentuh dengan peringatan-peringatan yang diberi, maka ia akan menjadi penebus pada kesilapan semasa hasil kealpaan berpanjangan.Ini adalah satu syarat yang mesti
kadang kadang daie perlu berfikir, mengapa kesukaran kita menghadapi mad'u dengan pelbagai karenah...kadang kadang kerja dakwah kita tidak tersusun indah seperti mana penyusunan kita terhadap kerja peribadi atau kerja material..
inilah yang memungkinkan kita, kekuatan kita beribadah dimalam hari sebagai bekalan di siang hari. daie perlu menjaga dan berhubungan kuat dengan MAHA PENCIPTA untuk daie membina hubungan dengan manusia. seperti kisah kehebatan para sahabat, Sultan muhammad Al Fateh, Salahuddin Al Ayubi yang mencipta pengkisahan yang hebat dalam dunia Islam. Nilainya dari mana???????????bukankah dari MADRASAH MALAM
Ayuh kita sama sama check MADRASAH MALAM kita untuk menjadi kekuatan dalam dakwah dan pentarbiyahan.bukan sekadar kekuatan untuk berhujah dan berkata kata....

2 comments:

faisol said...

sebuah renungan yg begitu menyentuh rasa & asa...

kalau diijinkan, saya ingin menambahkan,
“mari kita niati sekolah, kuliah, kerja atau apa pun aktivitas kita sebagai ibadah… perbedaan ibadah & bukan, terletak pada niat…”

terima kasih sharingnya...
semoga bisa menjadi ilmu yg bermanfaat & Multi Level Pahala (MLP), amin...

sebagai tambahan, saya membuat tulisan tentang "Sudahkah Kita Mengindahkan Perasaan Orang Lain?"
silakan berkunjung ke:

Sudahkah Kita Mengindahkan Perasaan Orang Lain?
link di atas adalah tulisan ke-1 dr 2 buah link tentang mengindahkan perasaan orang lain)

semoga Allah menyatukan dan melembutkan hati semua umat Islam, amin...

salam,
achmad faisol
http://achmadfaisol.blogspot.com/

Ibn Azmi said...

alhamdulillah, sedar skit bila baca ni..mungkin kita mlihat malam untuk istirehat..terpengaruh dgn kata-kata hikmah para pencinta kesihatan, kita kena tidur enam jam sehari..tapi jika dilihatkan satu prinsip pemuda islam (bukan Islam),'rahib dimalam hari, dan penunggang kuda perang disiang hari' kita akan sedar bhw malam adlh waktu hamba bersama Khaliqnya..so insyaAllah para daie akn lebih adict dgn Madrasah Malam ni.