Tuesday, December 7, 2010

Berikan masa lebihan untuk dakwahmu….simpan masa terbaik untuk duniamu….

Berikan masa lebihan untuk dakwahmu….simpan masa terbaik untuk duniamu….


Ketika kita mendengar firman Allah (2:267):
وَلَا تَيَمَّمُوا الْخَبِيثَ مِنْهُ تُنْفِقُونَ وَلَسْتُمْ بِآَخِذِيهِ إِلَّا أَنْ تُغْمِضُوا فِيهِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ
Jangan kamu mencari-cari suatu yang buruk dari hartamu kemudian kamu infaqnya. Sedangkan kamu sendiri tidak mahu mengambilnya kecuali dengan memejamkan mata padanya. Ketahuilah… Allah Maha Kaya dan Maha terpuji.
Juga ketika kita mendengar Nabi saw bersabda (dalam hadis 40 Imam Nawawi); Allah itu baik dan Dia hanya menerima yang baik-baik saja.


Maka apakah kita tidak malu bila kita hanya menginfaqkan hanya waktu lebihan dari waktu kerja, waktu belajar, waktu hobi, waktu santai dan waktu prime kita hanya untuk dakwah

Dakwah hanya mendapat lebihan waktu yang kita sendiri pun sudah penat, tidak mampu berfikir laju dan tidak mampu mengoptimiskan potensi kita…

Ketika waktu segar, cergas, mata bersinar-sinar dan otak boleh berfikir cerah, masa itu diinfaqkan untuk kerja harian kita dan membuat kerja lain yang kadangkala tidak ada kaitan langsung dengan dakwah….
Ya betul.. segala-galanya untuk dakwah. Bekerja seharian di pejabat juga untuk dakwah…

TETAPI bagaimana kita buktikan bahawa kerja seharian kita adalah untuk dakwah? Sedangkan seluruh harta yang diperolehi -kecuali persen yang terlalu sedikit sahaja- semuanya digunakan untuk santapan, santaian, hiburlara, makananginan, pembesaran bungalow dan kemewahan sendiri?

Cukupkan persen sedikit tersebut sudah boleh dijadikan alasan bahawa kerja seharian kita yang memakan hampir 90% dari waktu terbaik kita itu semua untuk dakwah?

Islam tidak meminta masa lapang kita. Islam tidak meminta masa lebihan dan masa penat kita. Tetapi Islam mahukan lebih dari itu. Islam mahukan masa cergas, waktu segar dan fikiran bersinar-sinar kita untuk kita fikirkan untuk nya…
Jika tidak… selamanya Islam akan berair mata menangisi generasi dakwah yang hanya membina timbunan harta dan pangkat yang tidak menambah apa-apa untuk perkembangannya…

dan bagaimanakah diriku?????//