Thursday, January 28, 2010

PENGAJARAN KISAH NABI MUSA alaihisalam DAN KHIDIR


Salam Tarbiyah, salam perjuangan untuk daie di muka bumi Allah,

Marilah kita merenung kisah nabi kita Musa a.s dan nabi khidir.suatu kisah yang banyak memberi pengajaran kepada sang pendakwah. Rasanya semua kita mengatahui kisah tersebut

Kisah bermula ketika mana Nabi Musa sangat berhajat untuk bertemu dengan Nabi Khidir krn baginda mengetahui nabi Khidir sangat banyak ilmu dan kebijaksanaan yang dimiliki. Nabi Musa mulanya menyangka bahawa kepada beliau lah ALLAH Taala memberi pengetahuan secara lansung, rupanya ada lagi manusia yang hebat dan akhirnya baginda berdoa untuk bertemu dengan Nabi Khidir serta belajar dan mengikutnya.

Mulanya Nabi Khidir menolak untuk membenarkan Nabi Musa mengikutnya kerana pada penilaiannya Nabi Musa tidak mampu bersabar untuk belajar dengannya. Namun setelahmana nabi Musa terus meminta, akhirnya Nabi Khidir bersetuju dengan syarat beliau tidak bertanya apa yang dilakukan oleh nabi Khidir sehingga di beritahu.

Sepanjang perjalanan nabi Khidir telah melakukan 3 perkara :

  • Memecahkan kapal nelayan miskin
  • Membunuh seorg budak
  • Mendirikan tembok di sebuah kampung tanpa meminta upah sedangkan mereka memerlukan makanan untuk bekalan.

Jika di lihat pada setiap kejadian, nabi Musa a.s tidak sabar untuk memenuhi syarat yang dikenakan dan akhirnya apada kejadian ketiga Naabi Khidir memutuskan Nabi Musa a.s tidak mengikutnya.

SEBAGAI PENGAJARAN KEPADA SANG PENDAKWAH

  • Sehebat mana pun ILMU sang daie, perlu rasa daie lain jugak mampu dan hebat
  • TAAT itu penting dalam amal jamaie
  • SABAR memainkan peranan penting untuk berdakwah
  • Jangan mengharapkan balasan yang cepat dari usaha yang di lakukan
  • Mengakui kelebihan yang ada pada daie
  • Bekerjalah mengikut kemampuan kita, jangan terlalu mengkritik kerja orang lain yang kita rasakan tidak memberi manfaat kepada kita..

Renung2 kan lah