Wednesday, November 19, 2008

KECEMERLANGAN ADALAH KETAATAN KPD ALLAH

Segala puji bagi Allah. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad saw, guru yang paling baik dan penunjuk kebenaran kepada jalan ilmu.

Kecemerlangan dalam pelajaran mempunyai kepentingan yang amat besar dalam kehidupan muslimin. Bukankah para ulama Islam telah memberikan cahaya kepada alam ini melalui ilmu-ilmu mereka yang cemerlang seperti Ibnu Sina, al-Khawarizmi, Ibnu al-Nafis dan lain-lain. Oleh itu, setiap orang daripada kita hendaklah bertanya dirinya: Kenapa aku perlu cemerlang? Dia juga hendaklah bertanya, kenapa aku tidak cemerlang?

Bagi menjawab soalan ini, kita mendengar banyak jawapan yang dikemukakan oleh orang. Tetapi seorang muslim mempunyai jawapannya yang tersendiri kerana dia memiliki objektif yang mulia:

Saya mahu cemerlang kerana Allah: Ya! Saya mahu cemerlang kerana Allah, kerana Allah swt berfirman dalam surah al-An‘am ayat 162 yang bermaksud: “Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” Maka seseorang muslim mengetahui bahawa seluruh kehidupannya adalah kerana Allah. Antara kehidupannya ialah pelajaran, ilmu dan kecemerlangannya.

Saya mahu cemerlang kerana keluarga dan kedua ibu bapa saya: Antara cara saya berbuat baik kepada kedua ibu bapa saya ialah dengan menggembirakan mereka. Alangkah besarnya kegembiraan dan kebahagiaan mereka jika saya cemerlang dan berjaya mendapat markah paling tinggi.

Saya mahu cemerlang kerana diri saya sendiri: Setiap muslim mempunyai matlamat dalam kehidupannya. Jika dia mempunyai matlamat dan cita-cita yang tinggi, maka matlamat dan cita-citanya itu tidak akan tercapai melainkan dengan kecemerlangan.

Saya mahu cemerlang kerana ingin mengembalikan keagungan Islam: Mengembalikan keagungan Islam? Ya! Kerana ingin mengembalikan keagungan Islam. Keagungan Islam dahulu adalah melalui ilmu dan para ulama. Keagungan ini tidak akan datang kembali melainkan melalui para ulama yang benar, beriman dan ikhlas kerana Islam dan umat Islam, ulama dan ilmuan dalam pelbagai bidang yang bermanfaat
.
Jadi pilihlah tujuan anda ingin cemerlang....

Wahai pelajar yang dikasihi, kecemerlangan anda dalam pelajaran juga perlu keberkatan,


MULAKAN PEMBELAJARAN ANDA DENGAN PETUA DIBAWAH,
1.Mengerjakan sembahyang hajat dua rakaat sebelum mengulangkaji agar Allah memberikan pertolonganNya kepada anda.
2. Membaca al-Quran sebelum memulakan ulangkaji, kerana ia akan menjauhkan syaitan daripada anda dan wajah anda akan dipenuhi dengan cahaya al-Quran.
3. Mulakan dengan berdoa.
4. Buatlah perancangan terlebih dahulu, seperti anda menentukan apakah subjek-subjek yang akan diulangkaji, tajuk-tajuk dan masa bagi setiap subjek dengan membuat jadual yang lengkap.
5.Mulakan dengan subjek-subjek yang mudah terlebih dahulu, kemudian barulah berpindah kepada subjek-subjek yang sukar.
6.Jangan tangguhlah kerja hari ini kepada esok hari. Anda hendaklah sentiasa mengulangkaji subjek yang anda pelajari pada hari yang sama.
7.Peruntukkan waktu yang mencukupi untuk berehat. Tetapkan satu hari setiap minggu bagi anda berehat dan berhibur.
8.Pilihkan tempat yang tenang dan jauh daripada sebarang gangguan serta ambil beratlah tentang masalah pencahayaan yang mencukupi, begitu juga dengan masalah kesihatan.
9.Cuba sedaya upaya untuk mengosongkan fikiran anda daripada sebarang permasalahan atau kesibukan sebelum mengulangkaji pelajaran.
10.Ambil beratlah tentang cara duduk yang betul iaitu belakang anda hendaklah lurus.
11.Segeralah pergi menunaikan sembahyang sebaik sahaja anda mendengar azan, kerana Allah 12.swt tidak akan memberkati pekerjaan yang melalaikan daripada sembahyang.
Selangkan di antara satu subjek dengan subjek lain yang anda ulangkaji dengan satu kadar masa yang mencukupi untuk berehat.

Sekadar panduan untuk memudahkan antum menjadi cemerlang... MOGA KECERLANGAN KITA ADALAH SEMATA MATA KERANA ALLAH DAN MEMARTABATKAN ISLAM


selamat Bercuti




buat anak2 yang ditarbiyah,


menjelang cuti sekolah bermula, maka bermula episod pentarbiyahan antum sepenuhnya dirumah..
maybe pelbagai agenda disusun oleh antum memenuhi cuti sekolah...biasanya, nak khatam tido especially lepas solat subuh tp yang paling bimbang bangun subuh lewat..lantaran berjaga malam untuk berchatting, main games, sms dan macam macam...

tapi buat anak2 bakal daie/ murabbi,
mustahil dan amat pelik untuk antum amalkan tabiat diatas..sejauhmana kualiti antum dalam pentarbiyahan lihatla apa yang antum buat musim cuti tanpa arahan dan peringatan atau leteran dari sesiapa..kekalkah antum dengan solat dhuha, solat diawal waktu, solat berjemaah, bangun qiam dan mengekalkan akhlak sebagai seorang muslim....so muhasabah diri kita semua..

asybal walzahrawat,
umi harapkan dari antum, cuti ini memberi peluang yang besar pada antum untuk mencari, faham dan amal erti tarbiyah dan dakwah sebenar..ingatlah bukan sekadar hebat berkata kata, boleh berpidato, memberi ceramah kepada orang lain tetapi nilailah diri sejauh mana amal islami kita..sejauhmana kita menjadi abid disepertiga malam.. nilailah kehebatan salahuddin Al Ayubi, Sultan Muhd Al Fateh, Rijal2 dizaman RAsulullah....dimana kehebatan mereka?????????? dimana lagi kalau bukan amalan dan hubungan dengan Allah..kuatnya Ibadah, hebatnya Akhlak dan hubungan dengan manusia lain..Jadi bagaimana KITa????????adakah hanya pandai berkata kata dihadapan manusia tapi kadang kadang kita sendiri tidak realisasikan... so pandang diri kita kemudian lihatlah manusia lain...

asybal walzahrawat,
sempena cuti sekolah ini, kita cuba amalan ini

1. bangun subuh seawal mungkin, kalau boleh dahulukan amalan sunat

2. bangun qiam sekurangnya 1minggu sekali

3. jangan amalkan tidur selepas subuh,tapi tidur khailullah

4. ambillah peluang sebanyak mungkin membuat kebaikan kepada ibubapa. sehebat manapun tarbiyah kita SYURGA TETAP DIBAWAH TAPAK KAKI IBU

5. menjalinkan hubungan baik dengan ahli keluarga

6. komit dengan program tarbiyah usrah dll(jika ada)

7. alquran tetap jadikan amalan harian

8. bagi PMR dan SPM, skor yang paling tinggi coz kita nak jadi daie yang serba boleh dunia dan akhirat.

9. kita jadi qudwah hasanah dalam keluarga

10. yang penting kita mesti berbeza dengan kawan2 yang tidak berminat dengan tarbiyah


moga dengan amalan ini, kita diberikan kekuatan untuk terus menjadi khalifah dibumi ALLAH.
Paling penting menjadi kiraan amalan di yaumul hisab sebagai timbangan kebaikan


AMINNN