Monday, October 12, 2009

ana uhibbuki abadan abadan







anak anak kesayangan ......mg antum cemerlang dunia akhirat..daieyah muda

sekadar renungan untuk daie muda

Salam Syawal buat semua.selamat mengerjakan puasa enam syawal dengan baki syawal yang masih tersisa sebagai topup amalan ramadhan..

Dah lama tak menulis blog, huhuhu rindunya tapi masa tidak mengizinkan dengan kesibukan yang sedia ada dan mengada adakan..

Cam dah tak de idea sekarang ni nak menulis sebabnya terlalu banyak berfikir…Cuma apepun kita mengambil ibrah daripada ramadhan lepas dan syawal yang masih tersisa merenung, menghayati dan muhasabah diri…Ya Allah ampuni segala kesalahan yang telah aku lakukan dan tak mampu akan perbuat lantaran hati kadang kadang alpa darimu, sedangkan di bulan ramadhan bulan yang mendidik hati, kalaulah masih keras kupohon padamu Ya Allah janganlah kau terus kau keraskan hatiku melawan godaan hawanafsu dan godaan syaitan laknatullah. Insyaallah kita berdoa dan terus berdoa dan memperbaharui taubat kita krn kita hamba yang sering melakukan kesilapan.Apa yang penting kesilapan yang kita lakukan kita sedar dan terus pohon keampunan. Moga kita semua di ampunkan Allah..

Entri kali ni agak bercampur campur maklumlah dakwah saya fleksibel dan perlu memahami perasaan pelbagai peringkat, remaja, mahasiswa IPT dan orang dewasa yang bersama sama mara dalam dakwah…

Kali ni nak sentuh pasal ikhtilat, walaupun sebelum ni pernah masukkan dalam blog cinta ana anti..tp lebih kepada anak anak remaja yang tengah membesar yang kadang kadang jiwa berkecamuk..

Ana tertarik dengan novel TAUTAN HATI yang ditulis oleh Ukht Fatimah Syarha, buat anak anak Remaja yang jiwanya bertarung di antara tarbiyah dan cinta atau perasaan berlainan jantina cuba lah baca novel ini samada lelaki atau perempuan. Insyaallah anda jumpa jalan penyelesaian…sebelum ana terus merapu di entri ni ada nak bawa satu lagu yang sangat bagus untuk sang daie muda

Kau tahu bahawa hatiku yang tidak pernah bisa melupakan mu

Kau tahu bahawa diriku tak pernah melupakan mu selamanya

Kini ku menyedari bahawa semua itu adalah salah juga keliru

Kan membuat hati menjadi ternodai

Maafkanlah segala khilaf yang telah kita lewati

Telah membawamu ke jalan yang melupakan tuhan

Kita mmg harus berpisah

Untuk menjaga diri

Untuk kembali mengharungi hidup

Dalam redha ilahi

Yakinlah takdirnya kita bersama

Pastilah Allah akan menyatukan kita

Kutahu bahawa dirimu mendamba kasih suci yang sejati

Ku yakin merindu kasih sayang yang hakiki

Kini ku sedari menyedari bahawa semua itu salah juga keliru

Kan membuat hati menjadai ternodai

Lagu ni sangat best untuk mereka yang terkeliru antara tarbiyah dan hubungan jantina. Tidaklah ana nak tekankan pasal hubungan itu, Cuma ana ingin fokuskan pada Daie muda yang terkeliru. Ana lebih suka menggunakan istilah terkeliru, maybe daie muda kita masih baru dalam tarbiyah tapi sangat sangat bersemangat untuk dakwah. Cuma naluri sebagai remaja kadang kadang tersalah menilai

Ada anak buah ana bertanya pada ana ” akak, saya rapat dengan lelaki tu sebab dia dan saya just berbincang mengenai pelajaran. itu pun tak berjumpa.sekadar tellefon dan sms”

Tanya si lelaki ” ana bukan couple dengan dia, sekadar hubungan biasa dan kadang kadang bertanya mengenai pelajaran. Just kawan dan pemberi semangat, takan itu pun tak boleh”

Persoalan seperti inilah yang jelas mengatakan daie remaja itu terkeliru..kalau tgk pada persoalan nampak cam takde salahnya pun di situ..sekadar dan sekadar sahaja..

ana lebih nak menjawab persoalan diatas datang dari seorang remaja yang bersemangat untuk mengikut tarbiyah namun ada perkara yang mesti dia jelas...persoalan ana pada daie remaja itu

, kenapa perlu bertanya pada berlainan jantina? Tak boleh ke rujuk atau belajar pada kaum yang sama? Terdesak sangatkah sehingga perlu mencari kawan berlainan jantina? Fahamkah anda pada tarbiyah yang anda dapat dan ikuti ? fahamkah anda maksud ikhtilat? Sekadar manakah Islam menggariskan hubungan jantina? Kalau benar antum belum faham, bagi yang mengikuti halaqah usrah, rujuklah naqib / naqibah anda untuk bincang masalah ini..supaya anda tidak terus keliru dan akhirnya antum akan rasakan tarbiyah itu menyusahkan antum dan terlalu mengawal kebebasan antum. Bagi daie remaja yang menghadapi masalah ini, sangat sangat ana nasihatkan cubalah baca buku Tautan Hati, sekurang kurangnya antum faham mengapa antum di tarbiyah dan mengikut Tarbiyah...

bila ana sentuh masalah ini, ana teringat mula mula ana join program tarbiyah, ana bukanlah di kategorikan dalam golongan pelajar yang sangnat baik, pesan murabbi ana ketika dalam halaqah....sape yang ada hubungan rapat or special or kawan antara dia dan kita bukan kita semua, cubalah tinggalkan ...itu pun klu betul2 nak ikut tarbiyah sbb itu pengganggu paling utama..termenung panjang ana time tu sbb ana ramai gak kawan lelaki n ada sorang lelaki yang ana sgt baik dengan dia tapi bukan couple just bertukar2 pendapat...bila ana muhasabah dan membuat pilihan meninggalkan terus lelaki itu ana jadi tenang sangat2..sebab ape ??wlupun ana bukan special girlfriend dia tp kami sering contact untuk berbincang pendapat sebab dia open minded, tp bila kwn2 setarbiyah ana tegur ttg keakraban kami ana jadi malu dan mula contact dalam diam2... bile g usrah hati gundah gulana bila dpt tazkirah ikhtilat..kena atas batang idung.akhirnya bila ana dah tak contact..fuhh rupanya dapat ikut tarbiyah dengan tenang..

panjang pulak entry ana arini..ape pun ana harap anak anak daie yang terlibat dengan dan mewakafkan diri untuk di tarbiyah, jaga lah masalah ikhtilat, binalah hubungan yang kuat dengan semua ahli usrah supaya mereka berani menegur bila kita melakukan kesilapan dan kita boleh menerima bila kita di tegur. Bukan antum tak boleh berkawan dengan berlainan jantina tapi bila keadaan sangat2 memerlukan dan bekerja dalam satu pasukan.ape yang tak boleh adalah secara individu dan berkongsi urusan peribadi..bermula dengan biasa akhirnya kita akan menjadi seronok dan natijahnya kita tak rasa bersalah wlupun ditegur..

fikir fikirkanlah....jalan tarbiyah masih jauh dan panjang.langkah kita baru bermula, kadang kadang terjatuh, kita bangkit kembali, adakala terasa bosan, yang pasti kita mengharapkan natijah di hujung nya adalah yang terbaik.bagaimana kita nak bangkit, hilangkan bosan..rapatilah kawan terutama dalam halaqah,telus dalam bicara, bincang bila keliru insyaallah anda sampai ke kemuncaknya..JANNAH

Thursday, September 3, 2009

apa yang telah KITA lakukan;;;;;

RENUNGAN….
Apabila kita memandang keliling, hendaklah kita melihat kejadian. Bukit tidak akan rata kerana kata-kata. Bintang tidak akan gugur kerana nista. Jalan perjuangan menjadi mudah apabila sikap dan tindakan datang serupa. Bagaimana kita hendak selaraskan hal demikian. Lihatlah pada diri. Cungkil penyakit hati yang masih cintakan dunia. Akhirat tidak akan datang sekeping demi sekeping menggauli keyakinan apabila terselit cinta dunia. Buangkan perkara-perkara dan kelakuan yang tidak memanjangkan persahabatan. Sebarkan khabar gembira seperti seekor lebah yang patuh membawa setitis madu kepada permaisurinya. Jadilah seorang hamba yang terlalu rindu untuk berbuat kebajikan. Contohi para sahabat di dalam berjuang. Perlumbaan mereka pada kerja-kerja kebajikan bagai tiada hari esok. Siangnya dibasahi keringat, malamnya dihiasi munajat. Esak tangisnya memecah-milu hati yang mendengar. Sedangkan siangnya tubuh sasa itu juga yang meratakan kemakmuran dengan langkah jihadnya. Hidupnya memburu iman dan taqwa. Seisi bumi memberi laluan mudah. Seluruh langit menyeru sajadah. Hatinya telah makmur. Rohnya penuh syukur. Insannya terbangun dengan syahadat dan selawat. Hidup dan matinya hanya untuk Islam. Bertolaklah dari cita-cita yang pernah ditanam di dalam sanubari para sahabat Rasulullah SAW. Apabila dipalu gendang jihad, anak isteri, harta dan pangkat kuasa, tinggal teresak-esak menggamit pemergiannya. Sesungguhnya akhirat itu terlalu manis dan kekal abadi bagi orang-orang yang bersungguh-sungguh berjuang mencari keredhaan ALLAH. Maka cuba ditinjau diri kita pula. Sudahkah kita melayakkan diri sebagai para sahabat Rasulullah di dalam perjuangan? Atau sebagai Asoib yang benar-benar bersedia untuk bangun bersama kecintaannya? Jika belum, mari bersama-sama di dalam medan ini. Kerana cuma ada satu kepastian yang menanti. Itulah kemenangan abadi. Pertama, apabila dunia berada di tangan dan tidak di hati. Kedua, gugur syahid dalam erti perjuangan haq ini. Kekuatan ini hanya boleh diukur dari daya yang ALLAH pinjamkan kepada diri. Atau pada kemampuan yang berpaksi dari iman. Tidak akan berjaya diperolehi iman jika tidak benar-benar mahu bermujahadah melawan hawa nafsu. Yakinlah, iman yang subur adalah anak kunci kepada semua masalah hidup yang boleh dibuka tutup dengan kehendak hati. Berusahalah kita untuk mendapatkan anak kunci ini. Bagi orang yang telah berjaya membuka pintu hati, maka ia melihat cahaya yang terang benderang. Memantuli hatinya yang jelas dalam tindak dan sikap hidupnya. Ia bukan cahaya fizikal yang kita nampak dengan mata kasar tetapi sangat gemilang cahayanya dengan renungan mata hati yang diberikan basyirah oleh ALLAH. Hanya mata hati yang begitu boleh melihat penyakit-penyakit hati, kesumat-kesumat rohani dan dendam-dendam sanubari. Tetapi kita bukan orang pilihan yang boleh meminta langsung kepada ALLAH. Segala rahsia alam ini terbongkar dari pancutan orang-orang pilihanNYA itu. Maka carilah dia hingga ke hujung dunia dan penghabisan masa. Jika telah bertemu, jangan teragak-agak untuk sungguh-sungguh memegang jubahnya. Ia dapat dikenal pasti dari akhlaknya. Akhlak contoh Rasulullah yang dianugerahi ALLAH. Oleh itu, marilah kita berusaha dengan yakin untuk menjadikan impian itu benar-benar satu realiti...insyaALLAH.

Saturday, August 22, 2009

ramadhan kareem


salam untuk semua...

salam Ramadhan kareem..ahlan ya Ramadhan 1430..Syukur padaMu Wahai Sang Pencipta, mengizinkan kami meneruskan hidup untuk melalui sekali lagi Bulan Yang Mulia pada tahun ini..

Moga kita semua, memperoleh barakah dan di limpahi rahmat Ramadhan..Ameen

Buat Pejuang Pejuang dakwah, Ramadhan kali ini kita jadikan satu bulan yang istimewa untuk kita, memohon sungguh sungguh pada Rabbul Izatti supaya di beri kekuatan untuk terus berjuang di Jalan yang kita PILIH....masa untuk kita bersihkan hati dari sifat2 mazmumah antara kita..untuk memudahkan kita bergerak dengan fikrah yang mantap yang kita fahami secara jemaah...masa untuk kita kukuhkan tali silaturrahim sesama kita sang pejuang yang agak jauh.ayuh kita rapatkan semula, bersatu hati, ikhlaskan niat ukhuwwah kita kerana Allah bukan kepentingan tertentu..insyaallah kita akan rasai manisnya berjuang bersama sama..

salam Ramadhan...moga amalan kita di terima. kita tingkatkan mutabaah Amal dengan amal2 fardhi yang menyumbang kepada kekuatan Iman kita
Ameen

Tuesday, August 11, 2009


MUHAMMAD NA'IM BIN CHE RAHIMI,Tempat ke-2 SPELL IT RIGHT PERINGKAT NASIONAL sebagai satu-satunya wakil ISLAM dan Melayu yang ke Final. Juga sebagai wakil Sekolah Menengah Islam Aman dan negeri Kelantan.





Para Pemenang.

Semi-Final
Na'im melanggakah ke Final

saat penentuan ....debaran kian terasa..doa kami mengiringi




bersama Para penyokong.... kejayaan anda, kejayaan kita.ISLAM BOLEH


Dipetik dari NST Online: "I am lucky to have the support of my school friends who took the trouble to take the train from Kelantan to be with me here. They managed to make last-minute ticket bookings," said the 17-year-old.(NCR)

tahniah Na'im..mlmh doakan anta terus mara. asybal yang akan mengaum bila bila masa untuk ISLAM..




Tuesday, July 21, 2009

ADAM DAN HAWA

Hawa.
Andai engkau masih remaja..
jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu..
Andai engkau sudah bersuami.. jadilah isteri yang meringankan beban suamimu..
Andai engkau seorang ibu, didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan Ad-Din Allah..




Hawa..


Andai engkau belum berkahwin.. jangan kau risau akan jodohmu..

ingatlah Hawa..
janji Allah tuhan kita..
wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik..Jangan menggadai maruahmu hanya semata-mata seorang lelaki..
Jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu yang hanya menarik perhatian dan memikat kaum Adam..
kerana engkau bukan memancing hatinya.. tapi meransang nafsunya..jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati.. dari seyuman membawa salam.. dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan.. bimbang lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri..
Hawa..lelaki yang baik tidak melihat paras rupa..
lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya..
lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya.. kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman.. akhlaknya.. peribadinya.. dan Ad-Dinnya..
lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan pada syaitan untuk menggodanya..l
elaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebab dia tahu apa matlamat dalam sebuah perhubungan antara lelaki dengan wanita yakni perkahwinan..

Oleh itu Hawa..
jagalah pandanganmu..jagalah pakaianmu..jagalah akhlakmu..kuatkan pendirianmu..
andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu..
cukuplah hanya ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu..
cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu..

Hawa..
cintailah Allah dikala susah dan senang
kerana kau akan memperoleh cinta dari insan yang juga mencintai Allah..
cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan peroleh keredhaaan Allah..
cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarganya..

Hawa..
ingatanku yang terakhir..
biarlah tangan yang menggoncang buaian ini bisa menggoncang dunia dalam mencapai keredhaan Allah..
jangan sesekali tangan ini juga menggoncang keimanan kaum Adam..
kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya..
indah bukan pada zahirnya..tapi terletak pada tutur..
terhampar pada pekerti..terserlah pada santun..tersentuh pada hati..
yang indah itu sukar dicari tanpa menilai dengan mata hati

indah kan ciptaan tuhan..
cantik nya wanita itu mmg x dapat nk di katakan.
setiap lelaki pasti akan menyukai seorang wanita..itu adalah sunnah alam yg ditetapkan..
walaupon kecantikkan ini adalah suatu yg subjektif tapi ianya tidak dapat utk kita tolak...
namun apAkah sebenarnya nilai kecantikkan pada wanita itu?

dan apakah sebenarnya kecantikkan yg ADAM ingini??....




Sunday, July 19, 2009

DEBAT PIALA MUSLEH

SALAM....
tak ingat nak citer pasal debat aritu..tahniah pada pasukan debat kerana berjaya ke SEMI FINAL bagi debat BM..naim(2kali dpt pendebat terbaik), hikmah, maryam, anis....sangat bersemangat...BM menang 4 persidangan dan kalah 2..menewaskan Sek Islam Adni, SMI Hira', SMI Al Islah, Sri Aiesya International school. dan 2 kali kalah nga Al Amin Gombak(mmg dijangka coz persediaan diorg sgt hebat) . BM di rangking ke ke 3 slps SMI Al Amin, SMIHidayah Johor..
Persembahan debat BArab n BInggeris tidak kurang hebat..wkupun tidak berjaya ke SEMI Final, namun menang jugak wlu tak sebanyak BM.BI kalahkan Al Kauthar International School,Indonesia..B.Arab kalahkan SRI Aiesya IS..
tahniah untuk semua pemenang..Insyaallah kita cuba lagi tahun hadapan. Mg pengalaman ini menguatkan lagi dakwah dan tarbiyah kita..

(sory tak sempat nak papar gambar.x transfer lagi)
buat semua pel SMI Aman,Xsmi,alumni SMI-8 julai wakil Kelantan untuk pertandingan Spell it Right(SIR) juga adalah peserta SMI Aman- Muhammad Na'im Che Rahimi..jemput hadir untuk bagi sokongan.. tempat maybe Perpustakaan Negara..

Wednesday, July 15, 2009

kenangan Mukhayam tarbawi gunung tebu 30jun09

tapak perkhemahan lata belatan





meniti di titian kecil aku berjaya,tp Ya Allah berJAYAKAH aku meniti SIRATMU




pendakian baru bermula dan ia satu tarbiyah



tersenyum walaupun keletihan





MG SAMPAI KE PENGHUJUNG






iNDAHNYA ciptaanMU ya RabbI ....







gunung Tebu satu pentarbiyahan hati


perjalanan yang berliku...tapi perlu hingga ke penghujung

ujian yang tak seberapa, tapi benar2 menguji,
bayangkan di atas gunung tebu tanpa bekalan air yang cukup..terpaksa turun ke bawah curam yang hampir 2km dan sangat bahaya untuk mendapatkan air..udara yang sgt sejuk mengcengkam..siang menjelang panas yang terik.. namum SUBHANALLAH betapa cantiknya ciptaan NYA di atas sana tak terbayang dan tak tergambar...bersama anak2 didik mencari pentarbiyahan hati, nafsu, dan ilmu kesabaran.. keletihan yang tak terhingga, sehinggakan tak mampu berkata2 hanya mampu menyebut zikrullah dan beristighfar kerana tidak tahan keletihan dan kesakitan badan. dan waktu itu jualah terasa begitu indah dan tenang lafaz zikrullah dan betul terasa RUH dan penyerahan hati yang paling IKHLAS. moga pendakian ini kita sama2 beroleh pertambahan IMAN..amin

Tuesday, June 23, 2009

sibuk yang tidak henti....

salam untuk semua,

sudah lama tidak meng update blog..kesibukan yang mencengkam membuatkan agak malas untuk menulis
* keje sekolah
* PLBS pendidikan islam ting 3
* Mukhayam Tarbawi
* Debat Ala Parlimen MUSLEH
* Laporan2 yang tak siap
* bahan Usrah penggal kedua

huhuhu...banyaknya keje yang perlu di selesaikan dalam masa terdekat. rasa macam tak cukup 24 jam..ade jugak last minute punya keja...ape pun, dalam keadaan macam ni mulalah mempraktik ilmu pungurusan masa yang berkesan...hehehe..ade la jugak yang berkesan..
2 hari ni sangat sibuk urus mukhayam tarbawi dan bengkel debat ala parlimen. budak budak ni sangat bersemangat berlatih..satu bengkel yang sangat berkesan. peserta mencari identiti sendiri melalui debat...moga2 berjaya dalam pertandingan walaupun pertama kali bertanding. sangat nervous coz bertanding dengan sume sekolah men Islam termasuk Indonesia dan Singapura..ape pun bukan sekadar bertanding wahai anak2ku..tp inilah method dakwah yang sangat baik. bercakap dan mengeluarkan idea dengan teratur. moga pertandingan ini menjadi langkah untuk DAKWAH.hehehe....wahai peserta, bersedialah untuk di "kerjakan" oleh mualimah...ape pun tak sempat nak post gambar dalam ni...gambar peserta yang sangat bersemangat dan bercakap sorang2. insyaallah lainkali ye...Tahniah untuk semua peserta....

Thursday, May 21, 2009

cerpen adakah laGI akh MARWAN

Akankah kutemui lagi akh Marwan?

Insyirah duduk termangu sambil menanti menu pesanan di bawa kepadanya. Fikirannya melayang kosong. Kebiasannya Insyirah jarang membuang waktu sebegitu. Lantas dikuaknya kitab kesayangan di tangannya.

‘ Cukuplah jika hanya sehelai muka surat,’ bisik hatinya.

Setelah selesai bacaan khusyuknya mentadabburi ketinggian kalimah Tuhannya, lamunannya kembali menjelma, berterbangan di alam mindanya…
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Zahirah tersenyum malu di hadapannya. Tunduk tersipu-sipu..

‘ Ukhti, betul ke ni? Anti setuju ? Tidakkah terlalu awal ? ‘ Insyirah bertanya dengan wajah yang berkerut. Dia masih musykil dengan jawapan ukhtinya itu.

‘ Mengapa? Bukankah akak sendiri yang menyampaikankan lamarannya?’ Zahirah hairan terpinga-pinga. Di dadanya bergelojak perasaan tanda tanya yang pelbagai.

Insyirah menggeleng-gelengkan kepalanya. ‘Tidaklah.Akak cuma menyampaikan amanah akh Tariq. Dia mengatakan dia sudah bersedia untuk menikah dan ternyata dia memilih anti’.

Insyirah menarik nafas panjang lalu menyambung, ‘Kalau anti sudah bersedia, jangan risau. Anti pun sudah istikharahkan? Berserahlah pada Allah ya?’
….




‘Nasi goreng daging?’ teguran pelayan yang sopan dan anggun di Restoran Ala Kadar itu mematikan lamunannya.

Mengapa ya peristiwa itu mengganggu fikirannya? Dia sukar menerima keadaan itu.

Namun, pada fikirannya, bukankah lebih baik seorang akh itu memilih ukht yang lebih menuntut pernikahan itu dan sudah menanti begitu lama untuk menerima lamaran dari seorang pemuda yang memahami Islam dan mengikut tarbiyah sepertinya? Umpamanya Nuha yang sudah pun 27 ataupun kak Mira yang berusia 30 tahun? Mereka itu sanggup menolak lamaran calon ahli keluarga hanya kerana ingin berkahwin dengan seorang akh!


Sedangkan Zahirah baru sahaja berusia 22 tahun. Agak muda dan mentah dalam dakwah, namun itulah yang menjadi pilihan seorang akh yang dia kagumi, yang sudah lama bergelumang dalam dakwah. Insyirah mengeluh berat.Dia teringat akan perbualan zaujnya semalam dengan akh Tariq. Dia berasa geram dan sedikit jengkel dengan jawapan akh Tariq.

‘Anta biar benar syeikh…Mas’ul Anta ok ke. Ukht tu baru sangat. Masih umum. Ingat sikit syeikh menikah ni bukan sekadar memenuhi keperluan seorang manusia tetapi untuk keperluan dakwah juga syeikh….’ Lembut suaminya Zaid berkata-kata.

‘Afwan syeikh! Ana ingat prinsip itu. Ini semua adalah dalam rangka ibadah dan perhitungan kekuatan dakwah juga, InsyaAllah. Dengan memilih Zahirah , ana rasa ana akan lebih tenang beribadah dan lebih mantap pergerakan dalam dakwah. Ana takut nanti daripada nikah dengan orang lain ana akan tetap asyik teringatkan dia..’ Akh Tariq mempertahankankan keputusannya..

Waduh! Ucapan apakah itu dari seorang akh yang pernah dikaguminya dahulu? Yang aktif di medan kata-kata dan amal?

Akh Tariq meneruskan hujahnya lagi ’Ukht itu juga adalah seorang yang cerdas, memenuhi kriteria yang ana inginkan…’

’Bukan kerana dia cantik, syeikh? ’zaujku memintas.

Ala….itu fitrah syeikh. Normallah itu.Kitakan lelaki? Rasionallah syeikh..’ akh Tariq menjawab sambil tertawa kecil. Berharap keinginan lelakinya itu difahami oleh lelaki yang menjadi perantara antara dia dan bakal isterinya.

Dia mengakui keinginan fitrah manusia yang suka pada kecantikan dan keindahan. Setiap insan boleh memilih siapakah bakal ratu dalam rumah tangganya. Ya, mereka layak memilih. Namun sangat mengecewakan baginya bila ada seorang akh seperti Tariq yang nyata mengutamakan kecantikan fizikal berbanding yang lainnya. Cuma kriteria-kriteia yang lain adalah sekadar penambah. Yang menjadi pilihannya yang terutama adalah kecantikan pada Zahirah yang memang memukau pandangan, walau di mata wanita sekalipun. Zahirah merupakan anak kacukan Iran dan Melayu. Matanya coklat berkilauan. Pipinya lembut keputihan. Jika matahari memancar pada wajahnya, akan terserlahlah kemerahan di pipi dan bibirnya, menambahkan keperawanan seorang wanita. Dia mengaku Zahirah adalah orang yang solehah, namun padanya, ada berpuluh lagi akhwat yang menantikan pinangan seorang ikhwah. Mereka semua tidak kurang cantiknya, dan mereka telah bertahun-tahun dididik di bawah sistem tarbiyah yang syumul.

Insyirah benar-benar kecewa dengan realiti yang ada. Bukankah seharusnya orang seperti Tariq adalah mereka yang sepatutnya memilih isteri pertamanya berdasarkan kualiti agama, kemudian barulah pada kualiti-kualiti yang lain.Mengapa ini boleh berlaku?


‘Aih!Mengelamun ke,Puan Insyirah?!’ Satu panggilan menghentikan lamunannya yang panjang. Baru dia sedar nasi goreng daging di hadapannya masih belum disentuh lagi. Mastura ketawa kecil melihat gelagat sahabatnya itu.


‘Eh, takdelah Mas. Cuma terfikirkan karenah yang pelbagai di kalangan manusia ini.’

‘Pasal kes ikhwah yang memilih sangat pasangannya ke? ‘ Tepat sekali Mastura menebak. Dia tahu teman karibnya bergelumang dengan tanggungjawab yang tidak ringan.

‘Insyirah, tak baik kalau asyik terfikirkan sangat perkara itu. Sekurang-kurangnya mereka masih mahu memilih akhawat, bukan? ‘ Mastura memujuk. Namun reaksi Insyirah tidak menunjukkan dia mahu menerima kenyataan itu.

‘ Bukan begitu. Ana kasihankan akhawat kita yang masih lagi belum bernikah. Takkan kita mahu jodohkan mereka dengan calon yang bukan ikhwah? Hurmm, ana ada terfikir juga, macamlah ikhwah itu bagus sangatkan? Tak dapat ikhwah pun tak apalah. Mereka bukanlah yang terbaik di dunia ini! ‘ jawap Insyirah penuh emosi. Dia tahu kata-katanya itu berada di luar batas fikiran rasionalnya. Namun kadang-kadang realitinya begitu, Mustahil untuk mengahwinkan semua akhwat dengan ikhwah memandangkan bilangan ikhwah yang sedikit berbanding akhwat. Apabila dianjurkan poligami, ramai menolak. Maka akhawatlah yang perlu beralah apabila ketiadaan calon buat mereka. Ada yang terus meninggalkan dakwah lantaran suami yang tidak bersama-sama menceburkan diri dalam dakwah.


‘Abaikanlah apa yang ana kata tadi Mas. Lepas makan nanti kita pergi cari suami ana ye?’
………………
‘Bila anta nak nikah? Dah habis study dah.Sudah ada kemampuan. Kasihan akhawat menunggu,’ suara akh Zaid kedengaran di balik pintu yang nipis. Insyirah dan Mastura baru sahaja mahu mengetuk pintu bilik pensyarah muda itu sewaktu mereka terdengar perbicaraan itu berlangsung.

‘Biar dululah abang. Pada ana, kemampuannya belum ada. Masih takde 20k lagi. Tak boleh nak omong kosongkan?’ Balas satu suara yang tidak dikenal pasti. Mastura dan Insyirah berkira-kira siapakah pemilik suara parau itu.

‘Bukan macam itu. Pada anta, anta minat pada akhawat yang bagaimana?’

‘Kalau boleh bang, ana mahukan isteri seumpama Aisyah yang cantik dan cerdas. Bonus kalau dapat macam Khadijah yang ada bisnes dan boleh sara ana sambung masters! ‘ canda suara lelaki itu.

‘Yalah. Kalau boleh anta nak kedua-duanyalah kan? Hurmm.. tapi kita tak boleh terlalu banyak kriteria akh. Susah juga nak cari nanti.’ Balas akh Zaid secara berhemah.

‘Takpe bang. Ana yakin akhawat kitakan ramai. Mereka pasti tak tolak punya kalau ada ikhwah nak pinang mereka,’ jawap suara lelaki itu sambil tertawa.

Insyirah mendengar perbualan itu dengan perasaan geram dan mual. Dia tak sanggup berada di situ terlalu lama. Niatnya bertemu suaminya, Zaid dibatalkan. Lantas dia menarik tangan Mastura dan beredar dari situ

‘Mudahnya mulut mereka berkata-kata!!!’ Gertak hatinya sendiri. Terasa hatinya sedang panas membahang kerana kegeraman.


‘Belum tentu ada akhawat nak kalau ada hati macam itu! Tak sangkanya ada ikhwah berfikiran seperti itu’ Dia membentak lagi.

‘Insyirah? Anti ok? Merah muka anti ana tengok?’ Mastura menegur.


Insyirah hanya mampu menggeleng-geleng kepala tanpa menjawap. Dia tak mahu kerana kemarahannya dia memburukkan saudara seIslamnya sendiri. Biarlah dia menanggungnya sendiri.i Itulah yang menyebabkan Insyirah menolak Akh Toriq

Fikirannya tiba-tiba teringat akan akh Marwan. Tersangat bagus peribadi dan sikapnya. Dia bukan sahaja menjadi sebutan dikalangan para siswi kerana kesolehannya, namun dia juga adalah seorang yang amat tampan. Pandang sekali tentu tidak puas. Terserlah aura anak keturunan Bugis dan Jawa dari kulit sawo matangnya. Misai dan kumisnya dijaga rapi. Rambutnya sentiasa disisir kemas walaupun dia kelihatan gemar berkopiah. Dia menjadi idola pada pelajar-pelajar asing di universiti luar negara di tempatnya menuntut. Dia cemerlang dalam pelajarannya dalam masa yang sama mantap dalam tarbiyahnya. Jawatannya dalam organisasi dan dakwah tidak terbilang. Dia menjadi tokoh dikalangan ikhwah dan dikagumi di kalangan akhawat.

Apabila tiba masanya akh Marwan untuk bernikah, ramai tertanya-tanya siapakah gerangan wanita bertuah yang menjadi permaisuri hati beliau. Ramai meneka tentulah pasangan hidupnya itu adalah orang yang secocok dan sepadan dengannya. Wanita yang turut menjadi dambaan para pria.

Namun ketika Insyirah menghadiri majlis perkahwinan akh Marwan itu, dia amat terkejut apabila melihat isteri akh Marwan adalah seorang wanita yang biasa sahaja secara fizikalnya. Dan dia mendengar isteri akh Marwan adalah 5 tahun lebih tua darinya. Pada wajahnya tidak ada kecantikan yang terserlah secara terang. Namun terbit cahaya yang menyenangkan bagi sesiapa yang melihat wajah wanita itu. Tentunya itulah cahaya kesolehan. Cahaya kecantikan yang dilihat oleh seorang lelaki yang sesoleh isterinya juga. Malah ukhti itu adalah seorang yang sangat aktif dalam dakwah dan tarbiyah.

Insyirah yakin akh Marwan membuat pilihan itu atas dasar dakwah, atas dasar Islam berbanding selainnya.



‘Puan Insyirah!Mengelamun lagilah tu!’ Mastura mengejutkannya lagi.


‘ Ade lagi ke ikhwah seperti akh Marwan?’ Insyirah menjawab tiba-tiba.

Tercengang Mastura mendengarnya. Namun dia faham apa yang difikirkan sahabat baiknya.

‘Entahlah Insyirah. Ana sendiri ada beberapa kriteria dalam memilih calon suami ana sendiri. Ana inginkan bakal suami ana memilih ana kerana kualiti dalaman ana. Bukan kerana paras rupa, ataupun kecemerlangan dalam studi ataupun kerana jawatan yang ana sandang..Bukan sebab duniawi itu tapi kerana di atas sebab yang sama akh Marwan memilih isterinya.’ Mastura yang masih bujang itu menjawap.



Petang itu, Insyirah pulang ke rumah membawa hatinya yang berat. Dia mengeluh berulang kali sehingga ditegur suaminya yang prihatin.

‘ Abang, kenapa ada ikhwah yang memilih sangat ye? ‘Insyirah bertanya manja. Tak mahu suaminya terasa dengan soalan itu.

Akh Zaid melempar senyuman buat isteri tersayang.

‘Akhawat pun sama. Masih ada yang menilai dari sudut kebendaan. Seperti memilih calon suami yang stabil kedudukan kewangan misalnya, bukan begitu?’ suaminya pula bermain kata

‘Logiklah kan bang? Nak mencetak generasi bakal pewaris ummah yang lebih baik memerlukan dana yang bukan sedikit. Anak-anak mahu bersekolah, keperluan rumah, makan minum dan sebagainya. Kalau anak ramai lagi banyak duit perlu pakai,’ Insyarah berhujah, tidak mahu kalah.

‘Ok. Jangan macam itu. Tak boleh berhujah dengan emosikan? Pada abang, mungkin benar ramai ikhwah mempunyai kelemahan, tapi akhwat sendiri apa kurangnyakan? Ada juga akhawat yang belum lagi memenuhi ciri-ciri seorang isteri seperti pandai memasak, menjaga anak dan mengemas rumah. Maka kena sama-sama perbaiki kelemahan itu bukan? ‘ Lembut akh Zaid memujuk isterinya. Dia sendiri pening apabila ditugaskan memegang amanah sebagai AJK Baitul Muslim. Terlalu banyak karenah manusia ini.

Pada Insyirah, dia sudah tidak ada jawapan pada persoalannya. Makin difikirkan, makin berat kepalany Yang pasti dia amat meyakini..sukarnya di zaman ini untuk mencari ikhwah seperti akh Marwan.


taken from :cerpen: akan adakah lagi akh Marwan?


semoga cemerlang wahai daie/daieyah ku

selamat menempuh peperiksaan sekolah dengan cemerlang. berusahalah meraih kecemerlangan demi ISLAM. Ujian ini adalah salah satu titik tolak untuk menempuh ujian ALLAH yang lebih besar..
bagi naqib/naqibah yang mendambakan cinta ALLAh dan Rasulnya, jana lah kecemerlangan anda di sekolah supaya rakan2 melihat keseluruhan ISLAM ada pada diri KITA dan sama2 mengikuti tarbiyah yang antum lalui. so, buat naqib/naqibah
- belajarlah dengan lebih tersusun bukan last minute
- tunjukkan kecintaan pada semua matapelajaran yg dipelajari dan nampakkan kesungguhan dengan berusaha
- berusahalah untuk mendapat keputusan yang terbaik melebihi orang LAIN.antum kena jadi LUAR BIASA.
- jangan tangguh untuk belajar
- susunlah jadual belajar dengan betul bukan sekadar melepaskan batuk di tangga
- jangan sesekali meremehkan urusan belajar. Disiplin penting dalam menuntut ILmu
- jgn ponteng kelas, kelas tambahan dan aktiviti pembelajaran

AYUH DAIE KU, TARBIYAH ITU DARI PERKARA KECIL HINGGALAH SEBESARNYA. walaupun kadang kadang kita rasa perkara itu nampak kecil, tapi sgt penting untuk tarbiyah.
SEGERALAH, cipta kecemerlangan anda dalam PP1.BUKTIKAN ANDA CEMERLANG

Thursday, May 14, 2009

nenek tersayang,


Mei 2009 adalah bulan yang memberi impak yang besar dalam hidupku.. 3 mei 2009, kehilangan MANUSIA yang paling bererti dalam hidup, terasa sebentar seolah hidup tidak bermakna lagi, tapi akur pada ketentuan ILAHI…akhirnya kepadanya jua kita KEMBALI

Kecuaian pihak hospital, bermulanya penderitaan MU, bayangkan hampir 2 bulan tidak sedarkan diri lantaran kesilapan ubat.MAk di masa hayatnya seorang kuat dan tabah. Malah tidak ada sebarang penyakit. Itulah yang menyebabkan ahli keluarga sangat terkilan. Pihak hospital tidak memberi laporan perubatan, malah kami tidak dapat menjawab soalan orang yang datang ziarah bila ditanya ttg penyakitnya.


Kehilangan nenek, tp sebenarnya sudah kuanggap IBU..yang mendidik menjaga dan bekorban untukku sejak aku di lahirkan..akal seolah tak mampu berfikir tentang kehilanganny dan seolah olah satu khayalan berita kehilangannya.. tempat aku berpaut kasih. Pergimu tanpa pesan yang membuatkan aku terpana.


Dalam blog ini, kurakamkan kasih yang tak terhingga dan tak ternilai untuk MAK..Manusia pertama yang aku sayang malah ibuku sebenar adalah manusia kedua..itu nilai kasih sayang aku padamu ….berdirinya aku sebagai manusia yang ingin mencari tarbiyah adalah keranamu dan hasil didikanmu.

Saat terakhir hayatnya, aku tiada disisi, namun berita dari ibu, mak kembali dengan mudah. ALHAMDULILLAH. Malah di hari pengkebumian berduyun duyun orang yang datang mencecah 1000 orang yang kami sendiri tidak tahu dari mana. Memang mak seorang yang sangat baik hati dengan orang lain dan suka bersedekah kepada sesiapa sahaja. Itulah HIKMAh yang di harapkan. Mg ditempatkan di kalangan orang beriman…amin


gambar kenangan bersama nenek berumur 5 tahun nak ziarah Tahailand


pagi sebelum pemergianNYA mengadap ILAHI pada malamnya

kesakitanmu membuatkan kami redha kehilanganmu

"KAULAH RATU HATIKU "

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

Tuesday, May 12, 2009

ISTIQAMAH KITA DALAM PERJUANGAN DAKWAH : ANTARA KURA KURA DAN SANG ARNAB


Mesti di antara kita masih ingat cerita kura kura dengan arnab yang berlumba lari. Malah sejak di zaman kecil lagi kita telah mendengar kisah ini yang penuh pengajaran. Namun di sebalik cerita ini juga ada pengajaran untuk kita dalam amal dakwah kita.

Kura kura, makhluk Allah yang diciptakan sememangnya berjalan lambat, dan tidak boleh berlari. Namun meneruskan perlawanan dengan arnab yang sangat pantas berlari. Namun akhirnya kekalahan arnab adalah kerana kelekaan dan complancency nya.

Begitu juga pendakwah yang bekerja di medan dakwah yang penuh dengan persaingan tidak perlu takut untuk berlari laju . kita sememangnya perlu berlari laju tapi bukan dengan keangkuhan dan kesombongan dengan kelebihan yang ada.

Kadangkala usaha dakwah kita lebih mirip kepada larian arnab. Larian ini juga membawa kita mencapai target tertentu. Mengambil pengajaran dari sang arnab sangat penting agar kita tidak berlari dengan angkuh, dengan kekuatan yang kita miliki sehingga memandang rendah pada pada kerja dakwah orang lain yang di anggap agak perlahan.

Tapi adakah kita ingin menjadi spt kura kura????

Sebenarnya inilah sunnah alam, kita tidak mungkin akan terus berlari berterusan, namun kita tidak juga boleh terus berhenti dari meneruskan perjuangan.. dan ketika inilah kita menjadi kura kura yang sejati..terus berjalan dan berjalan sehingga sampai di garisan penamat.

Dan akhirnya kura kura menang kerana terus berjalan dan berjalan tanpa bertangguh dan leka dan kerana bertangguh dan leka lah akhirnya sang arnab kalah walaupun pantas berlari..

Kesimpulannya, kemenangan kura kura adalah ISTIQAMAH.

Bagi kita pejuang ISLAM, Istiqamah itu penting untuk terus berada dalam jalan dakwah walaupun bekerja seperti kura kura atau sang arnab..tiada sikap memandang remeh pada kemampuan orang lain.

Janganlah kita menjadi yang takut untuk berlari dalam perjuangan dan kalau berjalan tidak istiqamah…teruskan perjuangan yang kita fahami tanpa sebarang alasan.....

Tuesday, April 21, 2009

INFO PENTING UTK LEPASAN SPM 2008

Program menarik yang perlu di hadiri,

PROGRAM LAMBAIAN MENARA GADING

TEMPAT : PERPUSTAKAAN DAR AZ ZAHRA, TELIPOT

TARIKH : 24 APRIL 2009 (8.30 PG – 2.00 PTG)

DAFTAR SEKARANG MELALUI

DR. HABSAH : 0199179609

DAYANG NORHAYANI AMIR : 0139639692

Satu kerugian jika anda gagal menyertai. Tinggalkan urusan lain hanya untuk hari ini sahaja agar anda mendapat manfaat yang amat berguna untuk meneruskan cabaran sbg MAHASISWA/WI

Monday, March 30, 2009

TERAMPUNKAH DOSAKU, BERTAUBATKAH AKU

Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosakuMasihkah ada ampunan buatku
Tuhan...Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan...Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindariTuhan...
Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan...Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur
Kini kukembali pada-MuMengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melandaKu tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-MuKekal tiada sudahnya...

"Ya Allah Ampuni dosa dosaku..kerdilnya diri ku dihadapanmu...terlalu banyak kesilapan yang kulakukan..berilah peluang untuk aku bertaubat...berikan aku kekuatan untuk tidak ulangi dosa dosa ku..Ya Rahman ya Rahim...berilah kesempatan padaku..lindungi lah keaibanku...pilihlah aku dan golongkanlah aku dalam manusia pilihan mu, yang kau payungi rahmatmu....

Biar berlinangan airmata
Ku takkan hentikannya
Biarkan ia menyembuh luka
Hilanglah rasa duka
Tidak ku termampu merentasi liku-liku
Oh tidak ku mampu menghadapi semua itu
Oh sungguh ku tak upaya
Jangan dibiarkan jerih perih kehidupan
Bisa meleraikan iman Kan hancur semuanya
Walau menitis airmata darah Tak bisa merubah segalanya
Melainkan taubat nasuha
Moga kan diterima
Namun ku percaya Masih ada kesudahannya
Kerana allah itu Maha kaya maha mendengar
Rintihan hamba-hambanya
Kerana sesiapa bertaqwa kepadanya
Pasti akan ada Jalan keluarnya
Rezeki yang tidak disangka-sangka
Cukup allah baginya Berkuasa segala-galanya
Terima seadanya

ntahla, malam ni terasa sangat syahdu.....terasa banyak nya dosa dan kurangnya ibadah padaNYA...adakah ibadah yang di lakukan selama ini diterimanya..dan dinilai olehMU Ya Allah..banyak lagi yang perlu kubaiki.....aku takut menjadi fitnah kepada dakwah...mg kita sama sama membantu membetulkan kesalahan.....Ku serahkan sepenuhnya diriku PadaMu..moga malam ini muhasabahku panjang mencari kelemahan dan membaikinya...

Monday, March 23, 2009

MUSLIMAH SOLEHAH MMG TAK GUNA

jgn terkejut dengan tajuk..Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu anda bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan.Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, nyatakan komen anda secara terbuka.
1. Perempuan yang bergelar muslimah itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.
2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.
3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.
4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang tidak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalamayat 24-26 surah Ibrahim.
5. Perempuan muslimah tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.
6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.
7. Perempuan yang memahami etika dalam islam memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini”Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik” ‘Tunduk’ di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. “Penyakit dlm hati” adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.
8. Perempuan yang menjaga maruah islam memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?
9. Perempuan islam tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak ‘berharga’ dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.
10. Jadilah perempuan islam & muslimah yang B E R G U N A
- di copy n paste untuk peringatan -

Friday, February 20, 2009

salam untuk semua umat Islam...
sudah lama tidak menulis di dalam blog sekadar menjelajah blog2 orang lain..
terlalu sibuk dengan dunia mendidik anak2 di sekolah dan segalanya.
terasa rindu pada segalnya dan "waktu ketika dulu".segala galanya indah bersama dalam pentarbiyah..ah tiba2 hari ini terasa ingin meluah rasa hati sedangkan blog yang di buat lebih terdorong kpd info..
maybe, arini terasa sayu sikit kot..baru selesai qiam ting 3,4,5 kat sekolah..macam2 kerenah melayan anak2 remaja yang 1001 perangai..tak mampu untuk memahami segalanya dan kadang2 terpaksa mengikut emosi bila berhadapan dengan kerenah anak2 yang agak "memberontak"..Ya Allah berikan aku kesabaran"Ikhlaskan diriku sepenuhnya..

Aku rasa rindu saat bersama akhawat..terlalu indah dan sama2 melakar janji setia untuk mewakafkan diri untuk Islam dan bekerja..mengimpikan untuk bersama..tapi akhirnya berpisah jua akhirnya kita

Kita berpisah hanya sementara,
kerana pertemuan bukan milik kita,
jasad dan suara berjauhan sentiasa
bertemu tidak jemu, berpisah tak gelisah.
Namun kita perlu akur pada ketentuan Allah, perpisahan kita tidak bermakna berakhir tugas bersama kita..maka inilah titik percaturan dunia Tarbiyah n Dakwah yang kita FAHAM... MUNTALAQ KITA...DIMANA...jawapan nya disini di medan kita.perpisahan kita bukanlah kerana perbalahan tapi kerana tanggungjawab masing2..dan aku terus tercampak di daerah pertama aku mengenal ISLAM...
Mulanya terasa keseorangan menjalan MISI tanpa akhawat yang sama2 dalam tarbiyah..tanpa saudara mara, tanpa teman utk berkongsi cerita dakwah, terpaksa merantau kerumah orang bila tiba hari minggu yang kosong tanpa aktiviti usrah or daurah..terutama pada waktu malam bila keseorangan terpaksa menumpang tidur..ah itu menjadi alasan yang kuat untuk balik ke daerah sendiri. tapi hati terasa sangat keras untuk balik, masih belum berfikir perancangan dakwah untuk daerah sendiri.teruknya aku, masih belum berani...
Akhirnya aku teruskan MISI untuk terus berada di daerah ini,dan berganding dengan akhawat yang sangat ramai disini untuk laksananakan MISI pentarbiyahan..oh Tuhan, rupanya aku tidak keseorangan, akhawat lain juga adalah akhawat ku..aku perlu bersyukur dan perlu positif menerima semua orang yang sefikrah..
keberadaan aku di dunia pendidikan, meletakkan inilah DUNIA DAKWAH YANG PALING HAMPIR DENGAN DIRIKU...aku cuba dan terus mencuba untuk memahamkan mereka TANGGUNGJAWAB sebenar KITA..dalam percubaan itulah kadang kadang aku kalah dengan emosi..kesabaranku hilang, hikmahku kadang2 hilang bila diuji dengan anak2 yang pelbagai perangai..YA Allah kuatkan aku..aku ingin mereka jadi MANUSIA..AKU INGIN MEREKA FAHAM ISLAM,AMALKAN ISLAM..adakah terlalu ideal pengharapan ku ini..adakah salah cara ku..dengan bilangan mereka yang ramai dan aku keseorangan memahami fikrah kita disini, akhirnya aku tak mampu untuk fokus semua..ah ah..anak2 didik ku..fahamilah..aku ingin antum mengamalkan ISLAM sebenar..aku tidak berniat untuk mengongkong antum..kadang2 aku keliru..bila ditegur pasal aurat antum merungut,bila disebut ikhtilat antum menjawab nak kawan ngan orang lelaki pun tak boleh..bila disuruh menjaga tingkahlaku antum menjawab semua tak boleh, so ape yang antum nak???Insyaallah doa muallimah antum akan faham mengapa muallimah sering "berceramah"..tapi bukanlah semuanya begitu,yang selebihnya PEMBAKAR SEMANGATKU untuk terus berada disini..kalau bukan kerana kalian rasanya aku mencari daerah lain meneruskan MISIKU yang tidak berkesudahan selagi hayat...kesediaan antum menerima tarbiyah tanpa banyak bicara, menanti arahan demi arahan tanpa rungutan..bertanya bilakah aktiviti tarbiyah seterusnya..seolah2 tidak sabar menanti pentarbiyahan seterusnya..sangat bersemangat...Ya ALLAH TETAPKAN IMAN KAMI,MG TABAH HATI TAK BERBELAH BAGI...
maka di sini lah MUNTALAQ KU ......
Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk terus berjuang...mampu menempuh mehnah, tambahkan kesabaran dalam diriku...

Tuesday, January 20, 2009

kAmU PerLu MeRuBaH DuNIa WLuPun KeSeOrANgAn

Masyarakat muslim cukup unik binaan strukturnya. Islam mendidik individu-individunya agar setiap orang daripada mereka menjadi satu unit yang lengkap lagi melengkapi. Dia seumpama batu-bata yang teguh, disusun bersama batu bata yang lain dalam binaan yang besar.
Proses ini bermula sejak pembentukan masyarakat Islam pertama di bawah petunjuk Nabawi. Antara seruan pertama Islam ialah sabda Rasul s.a.w (yang bermaksud):
“Allah memberi hidayah melalui kamu seorang lelaki lebih baik bagi kamu daripada unta Humr an-Ni’am(jenis unta yang paling tinggi nilainya)” [Muttafaq ‘alaih)
Semenjak saat itu, setiap individu daripada generasi awal Islam memikul fikrah Islamiah dan aqidah yangmurni dalam pemikiran mereka, begitu juga keimanan yang mendalam dan mantap di dalam jiwa-jiwa mereka.Sehingga ianya terserlah dalam kata-kata, tingkah laku dan gerak diam mereka. Setiap individu di kalangan mereka seolah-olah membentuk sebuah umat. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w terhadap peribadi Abu ‘Ubaidah al-Jarrah: “Dia diutuskan sebagai sebuah umat”
Khalid al-Walid di medan perang mewakili sebuah umat. Beliau bertanggungjawab melemah dan menumbangkan Rom di tanah Arab.
Abdul Rahman bin ‘Auf di dalam bidang ekonomi mewakili sebuah umat. Dialah yang berperananmemecahkan monopoli Yahudi di Madinah yang sekian lama sebelumnya menguasai kegiatan ekonomi Madinah.
‘Umar al-Khattab dalam soal keadilan mewakili sebuah umat. Lorong-lorong Madinah dijelajahinya untukmenangani permasalahan rakyat. Gabenor dan penguasa dihimpun setiap tahun untuk dikaji siasat. Perhimpunan haji saban tahun dijadikan tele-aduan umat.
Mus’ab bin ‘Umair pula dalam usaha da’wah mewakili sebuah umat. Tiada satu rumah di Madinah melainkan dimasuki sinar da’wah Islamiah dan petunjuk al-Quran.
Mu’az bin Jabal dalam soal halal haram mewakili sebuah umat. Zaid bin Thabit dalam soal hukum hakam pusaka mewakili sebuah umat. Banyak dan banyak lagi contoh individu di kalangan mereka yang sedemikian.
Benarlah kata-kata mereka yang menyifatkan:
“Suara Qa’qa’ di medan perang menyamai seribu pahlawan”. Bukankah beliau mampu menyusun kembali tentera muslimin yang kucar kacir, menaikkan semangat juang mereka, mengacau bilaukan musuh, mencari titik kelemahan mereka dan lain-lain lagi.
Setiap seorang daripada mereka hanyalah seorang individu, tetapi dengan tekad kemahuan serta amalkerja, dia seolah-olah sebuah umat, mengubah wajah sejarah dengan usahanya itu. Sebagaimana yangdikatakan:
“Amal praktik seorang lelaki di kalangan seribu lelaki lebih baik daripada kata-kata seribu lelaki kepadaseorang lelaki”.
Mereka berusaha seolah-olah tiada sesiapa di sekelilingnya yang turut bekerja bersamanya. Seolah-olah dia ingin memulakan binaan Islam dengan tangannya dan menyempurnakannya dengan tulang empatkeratnya.
Kesungguhan inilah yang didapati oleh ‘Umar al-Khattab di kalangan tenteranya. Beliau berkata:
“Sungguh mengkagumkan aku, panglima perang yang jika kamu melihatnya, kamu menyangkanya seorang tentera bawahan yang patuh. Mengkagumkan aku juga, tentera bawahan yang jika kamumenyaksikannya, kamu menyangkanya seorang panglima berkaliber”.
Lantaran ini, mereka telah merubah sejarah dunia, memimpin dan membinanya dengan baik. Tiada seorang pun di kalangan mereka yang memperkecilkan dirinya atau apa yang dilakukannya.Mereka amat memahami sabda Rasulullah s.a.w:
“Sampaikan daripada aku walaupun sepotong ayat” [Diriwayatkan oleh al-Bukhari]
Amal kerja dan sumbangan mereka tidak terhenti di satu tahap, bahkan ke penghujung nafas yang terakhir. Lihatlah Abu Ayyub al-Ansori yang mati syahid di pinggir pagar kota Konstantinople dalam usianya 80 tahun. Pada saat kematiannya, dia tidak menghentikan sumbangannya kepada Islam, bahkan menyampaikan kepada muslimin sebuah hadis yang pernah didengarnya daripada Nabi s.a.w:
“Sekiranya Kiamat berlaku sedangkan di tangan salah seorang daripada kamu anak pokok, maka tanamkanlah ia” [Diriwayatkan oleh Ahmad]
Nilai dan sikap ini satu fenomena biasa di dalam masyarakat muslim pada sepanjang zaman. Setiapindividunya menjadi batu-bata kepada binaan Islam yang agung. Mereka saling memperkukuhkan yang lain dalam segenap bidang dan lapangan. Hasil usaha mereka yang gigih, sesiapa yang melihat binaan Islam akan berkata:
Alangkah indahnya! Alangkah hebatnya Islam! Dengan penuh tawadhu’ dan ikhlas, mereka tidak reladiri mereka hidup dengan kehidupan haiwan yang didambakan oleh mereka yang kufur kepada Allah.
“Dan orang-orang yang kafir berseronok dan makan seperti binatang ternakan makan. Nerakalah tempatmereka” [Muhammad: 12]
Mereka tidak akan duduk berpeluk tubuh melihat sekeliling tanpa melakukan sesuatu. Akan tetapi mereka mengangkat slogan Nabi s.a.w:
“Orang mukmin kepada mukmin yang lain seperti satu binaan yang saling kuat menguat satu sama lain”[Muttafaq ‘alaih]
Lantaran itu kita dapat lihat Ibnu al-Haitham, Ibnu al-Nafis dan Ibnu Rusyd saling lengkap melengkapikepakaran mereka. Setiap seorang daripada mereka saling menguatkan yang lain untuk meninggikan binaan Islam.
Akan tetapi pada zaman yang semakin kabur ghayah, bercampur aduknya visi hidup serta bersimpang siurnya misi masyarakat, pada saat yang sama binaan Islam semakin goyah dan rapuh, siapakah yang ingin mewakili umat mengembalikan binaannya yang agung?
Siapakah yang akan mewakili umat mengembalikan manusia kepada Tuhannya, memerdekakan mereka daripada belenggu syahwat, hawa dan material?
Siapakah yang akan mewakili umat menyelamatkan mereka daripada kejahilan?
Siapakah yang akan mewakili umat mempamer keindahan kesyumulan Islam dan membongkar wajah hodoh sekular? siapakah yang akan mewakili umat mengembali martabat syari’at serta menumbang kezaliman hukum manusia? Siapakah yang akan mewakili umat menyekat ancaman serangan Zionis dan Salibi Antarabangsa?
Siapakah yang akan mewakili umat memecah monopoli Yahudi dan US, menyediakan barangan alternative kepada barangan mereka?
Siapa? Siapa? Siapa?
Pastikan kita!!!

Thursday, January 15, 2009

RUMAH TANGGA DAKWAH DAN PENDAKWAH


Rumah tangga Dakwah dan Pendakwah hari ini

Membina baitul Muslim seorang Pendakwah bukan satu perkara main main dan di ambil mudah…argh..satu yang terlalu kompleks dan perlu diperhalusi terutama AKHAWAT.
Bayangkan keaktifan seorang akhawat satu ketika sebelum berkahwin amat hebat dan penuh dengan pengorbanan….namun akhirnya dipinang oleh lelaki yang bukan SEFIKRAH, terpaksa diterima lantaran kekurangan IKHWAH setelah mana dipertimbangkan amal Islaminya…Allhamdulillah tergolong dalam golongan LELAKI BAIK DAN MUHSIN..ana bukanlah menafikan ketentuan takdir dan Jodoh namun apa yang menyedihkan adalah akhirnya KEAKTIFAN menjadi semakin perlahan.Alasan “suami ana tak berapa faham”, ana perlu fahamkan suami dulu”.Akhirnya kita hanya jadi PENGIKUT bukan PENGGERAK
Tertarik dengan kata kata yang di ucapkan oleh Ukhti Zainab Al Ghazali ketika mana beliau di uji dalam perkahwinannya bukan dengan IKHWAN, Katanya”Perkahwinan ku adalah kerana Allah.Hidup Matiku adalah Dakwah,sekiranya Perkahwinan menjadi penghalang kepada Kerja Dakwah, maka akan kupilih Dakwah dan mengakhiri perkahwinanku..Masyaallah itulah MUSLIMAH yang mengorbankan diri DEMI DAKWAH ..
Kadang kadang AKHAWAT “yang agak dah berumur” terfikir untuk mengakhiri zaman bujangnya tapi dengan reality sekarang kesukaran untuk mencari IKHWAH yang menyebabkan akhawat perlu berfikir panjang..
Bagi yang berfikir dan terus berfikir, pergantungan Allah mengatasi segalanya..tidak sanggup untuk berdepan dengan risiko menerima siapa sahaja, asalkan BAIK lantaran risikonya adalah KEAKTIFAN AKAN BERKURANG. Masih belum bersedia untuk mengurangkan kerja tarbiyah semata mata untuk merai dan memberi kefahaman kepada SUAMI untuk mereka faham tugas kita…ahhh tidak sanggup untuk korbankan…biarlah memilih terus bersendiri meneruskan Risalah Rasulullah disamping pergantungan yang kuat pada Allah untuk MEMBINA BAITUL MUSLIM DAKWAH DAN PENDAKWAH..Bukanlah terlalu memilih untuk memiliki lelaki yang terlalu ideal tp cukuplah dia dan kita adalah SEFIKRAH.

Menyeru kepada Akhawat yang terkedepan dan amat aktif di medan, berfikirlah semasaknya dalam membina Bait Muslim, supaya keaktifan kita tidak berakhir dengan sia sia. Siapa yang akan meneruskan tugas untuk mengkaderkan MUSLIMAH klu bukan kita.
HIDUP MATIKU ADALAH DAKWAH DAN TARBIYAH..