Friday, November 28, 2008

qiam zahrawat



baru abis qiam anak2 zahrawat...yang tgh berkembang mencari tarbiyah..alhamdulillah qiam yang last minute dirancang dapat juga peserta 21 orang bersama kakak fasi...kak aisyah, kak tmah, kak khaulah yang begitu semangat memberi mutiara2 untuk adik2..insyaallah bakal menjejaki antum...



mmg hebat anak2 ni, disuruh mengkaji satu ayat dalam alquran, diberinya 2,3 ayat dan menghurai dengan amat detail.alhamdullillah mg antum manfaatkan sebaiknya sbg daie.


untuk yang baca blog ni, ingin diwar war kan. ada kesinambungan program ni...pada 5 disember(usrah gabungan) di atas bangunan klinik Islah. datang beramai ramai ye untuk pemeringkatan tarbiyah ruhi...bukan sekadar kelas tuisyen je tau......


pastu 25-26 disember - ada rehlah...yang ni lagi best...kita bergames sambil melihat, memahami kejadian Alam ciptaan Allah...


Sunday, November 23, 2008

BUKAN UNTUK SIMANJA..........

bukan untuk si manja…. !
Pencerahan bukan untuk orang manja

Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, l
ompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,
-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
-yang cepat mengalah,
-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.
-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.
Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.

Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.
Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,Tanpa tarbiyyah,Tanpa dakwahBelum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.
Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa.
Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.Berbahagialah seadanya.
Saya menghitung diri.Terlalu kerap menuturkan.“saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..
”Adakah ini petandanya saya terlalu manja?Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.“amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”
Ya, Tarbiyah tidak memerlukan aku tapi aku yang memerlukan TARBIYAH.
DAKWAH tetap berjalan biarpun tanpa kehadiran aku
Ya Allah tetapkan aku dengan JALAN YANG LURUS

cinta ana anti /anta.....



Assalamua'laikum.. secebis peringatan buatmu yg bergelar daie daeiyah...

IKHTILAT IKHWAH DAN AKHAWAT, SEKSISkah KITA???

Persoalan mungkin, ikhtilat(percampuran) IKHWAH dan AKHAWAT, Bagaimana dengan kita?. Sesungguhnya menjadi kewajipan bagi seseorang muslimin-muslimat yang beriman kepada Allah dan Rasul itu menjauhi ikhtilat yang haram antara lelaki dan perempuan. Hendaklah seorang wanita itu apabila telah cukup ilmu dan fahamnya dan terlibatnya di dalam dakwah untuk memastikan dirinya jauh dari ikhtilat (percampuran lelaki-perempuan) yang bukan mahramnya. Perlanggaran batas-batas pergaulan muslimin-muslimat masih terjadi dan hal ini mungkin disebabkan kerana

1. Belum mengetahui batas-batas pergaulan.

2. Sudah mengetahui, namun belum memahami.

3. Sudah mengetahui namun tidak mahu mengamalkan

. 4. Sudah mengetahui dan memahami, namun tergelincir kerana lalai.

Kita mungkin sibuk menghiasi penampilan luar kita dengan menyimpan janggut, berkopiah ataupun dengan tudung labuh warna-warni. Kita sibuk berhiaskan simbol-simbol front Islam namun lupa substans Islam. Kita bersungguh belajar ilmu Islam namun tidak fokus pada pemahaman dan amal.

Aktivis sekular tidak lagi segan dengan kita!!! Seorang ustaz bercerita bahawa ada aktivis sekular yang berkata kepadanya, “ Ustaz, dulu saya respect pada Islamic student, pakai tudung labuh, berkopiah kerana pandai menjaga pergaulan muslimin-muslimat, namun kini mereka sama saja dengan kami. Mereka pun sama berbual bual kosong antara kepimpinan tanpa batasan. Kami jadi tak segan lagi.”

Ungkapan aktivis sekular di atas memalukan kita selaku jundi-jundi yang ingin memperjuangkan agama-Nya. Menjaga pergaulan lelaki-perempuan memang bukanlah hal yang mudah kerana fitrah lelaki adalah mencintai wanita dan demikian pula sebaliknya.

Hanya dengan keimanan yang kukuh dan mujahadah sajalah yang membuat seseorang dapat istiqomah menjaga batas-batas ini. Pelanggaran batas-batas pergaulan Ikhwah dan Akhawat masa kini

1. Tidak Menundukkan Pandangan ( Gadhul Bashar ) Bukankah ada pepatah yang mengatakan, “ Dari mana datangnya cinta ? Dari mata turun ke hati”. Maka jangan kita ikuti seruan yang mengatakan, “Ah, tidak perlu gadhul bashar, yang penting kena jaga hati!” Namun, bukanlah menunduk pandangan sehingga terlanggar tiang tapi cukup sekadar kita memastikan pandangan kita terjaga daripada melihat sesuatu yang tidak syarie. Lelaki memandang wanita dengan penuh nafsu dan tidak alah juga wanita yang berkelakuan demikian walau tampil “warak berbungkus”.sebagai pembawa dakwah, amat perlulah menjaga Pandangan kerana besar fitnahnya pada daie dalam membawa dakwah. Kadangkala ikhwah/ akhawat terlepas pandang lantaran tidak menjaga pandangan timbullah perasaan kepada akhawat kerana kecantikan rupa paras dan yang keduanya kerana "dia"adalah akhawat.maka bermulalah masalah hati

2. Couple berteman di tempat khalayak ramai, tepi-tepi malah ada yang lebih licik dengan menggunakan platform rasmi yang bernama ‘meeting’.Walaupun kebanyakan masyarakat pelajartidak mempedulikan sebegini kerana menganggap ustaz-ustazah ini sedang berdiskusi tentang Islam dan tugas, namun apapun alasannya, maka menutup pintu fitnah ini adalah langkah terbaik dan wajib bagi kita. menggunakan alasan berbincang tentang dakwah akhirnya mengambil kesempatan untuk meluahkan perasaan kononnya atas dasar dakwah dan tarbiyah


3. “Chop awal2” Untuk berkahwin “Bagaimana, ustazah? Tapi tiga tahun lagi baru kita kahwin. Ana takut enti diambil orang.” Akhawat belum tamat belajar sehingga ‘dichop’ seorang ikhwah untuk menikah kerana takut kehilangan, padahal belum pasti hasrat itu akan tercapai. Hal ini sangatlah berisiko dan boleh mendatangkan permusuhan dan perpecahan bukan setakat semasa belajar, malah akan berlanjutan ke tanah air. Bukankah Nabi sallahu Alihi Wasallam sendiri melarang kita daripada ‘chop awal’ atau bertunang terlalu lama. Dengan kata mudah ‘kalau rasa diri sudah berpunya dan serius dalam hubungan, eloklah dipercepatkan urusan akad antara keduanya takut-takut terjerumus kekancah maksiat. Justeru, mana mungkin hubungan suci suami isteri akan terbina kekal di atas timbunan sampah kemaksiatan.’

4. Telefon Tidak ‘Urgent’ Menelefon dan berborak tidak tentu arah yang tidak ada nilainya sama ada soal pengajian mahupun atau soal tugas berpersatuan. Kalau setakat bertanya khabar, bercakap soal hati dan perasaan atau apa sahaja yang bersifat tidak syarie tanpa batas, ana gusar apa akan kita jawab dihadapan Allah nanti. Apa yang lebih malang, kita selaku daei, ulamak dan harapan masyarakat di luar sana sebagai benteng terakhir umat Islam yang membawa mandat besar selaku agen pengubah masyarakat, harus menunjukkan teladan dan nama yang baik dengan mengenepikan sebarang salah laku

5. SMS Tidak ‘Urgent’ asalnya bersms kerana tugasan dakwah. akhirnya kerana terbiasa, mulalah sms perkara yang tidak perlu dan tidak berkait dengan dakwah.kononnya merapatkan ukhwah diantara ikhwah dan akhawat dengan menggunakan bahasa yang spoan. ana dan anti. Sudah tiba masanya kita matang dan bermuhasabah dengan kehadiran teknologi yang sudah sekian lama kita nikmati dalam keadaan kita cuba berdakwah.

6. Berbicara Mendayu-Dayu. Dengan alasan berbicara atas dasar dakwah kadangkala tidak menyedari sikap cover ketika berbual akhirnya berlakulah suara yang lemah lembut bagi akhawat dan gentlemen bagi lelaki ya. Bagi daie / daieyah bertegaslah ketika bercakap dengan mengikut keperluan

7. Yahoo Messenger/Chatting Yang Tidak ‘Urgent’ YM adalah termasuk satu kemudahan. Tidaklah berdosa bila ingin menyampaikan hal2 penting di sini. Namun menjadi bermasalah bila topik perbicaraan melebar entah kemana dan tidak fokus pada da’wah kerana khalwat secara maya mudah untuk berlaku. Firman Allah Subhanahu Wataala : Rasulullah s.a.w bersabda, “ Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, kerana yang ketiganya ialah syaitan.” (HR. Ahmad)


Penutup Ikhtilat Ikhwah dan Akhawat, seksiskah kita? Berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan, jelaslah kepada kita bahawa pergaulan atau ‘ikhtilat’ di antara lelaki dan wanita tanpa sebab-sebab munasabah yang dibenarkan adalah dilarang sama sekali dan membawa kepada dosa.

Maka sewajarnya ke atas kaum Hawa menjaga batas-batas pergaulan hariannya dengan kaum Adam. Ini kerana ‘ikhtilat’ yang melanggar batas2 syariat akan menyebabkan fitnah serta kerosakan hati dan akhlak di dalam kalangan masyarakat Islam. Seterusnya ia boleh menjatuhkan martabat wanita itu sendiri.

Jadilah lelaki yamg mampu membela dan memimpin kaum hawa ke jalan yang membawa mereka ke syurga. Bukankah sekiranya kita sayangkan seseorang, sayang kita akan lebih bermakna jika kita sama2 memperoleh syurga. Mana mungkin lafaz sayang dan kasih kita terpalit lumpur yang natijahnya adalah neraka.

Lupakan persoalan salah siapa antara kita tapi letakkan pertanyaan dalam benak sanubari kita, Ikhtilat antara ikhwah dan akhawat, bagaimana dengan kita? Adakah kita terlibat sama?. Jangan sampai suatu masa anak cucu kita mentertawakan dan menghukum kita lantaran salah laku yang kita adakan hari ini. Tidak ada istilah berhubungan intim sebelum nikah dengan alasan mengikut syariat..

fikir fikarkanlah wahai daie/ daieyah dimana kita dalam situasi ini? hebatnya rumahtangga dakwah adalah bermula bagaimana bermulanya pernikahannya...

Wednesday, November 19, 2008

KECEMERLANGAN ADALAH KETAATAN KPD ALLAH

Segala puji bagi Allah. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad saw, guru yang paling baik dan penunjuk kebenaran kepada jalan ilmu.

Kecemerlangan dalam pelajaran mempunyai kepentingan yang amat besar dalam kehidupan muslimin. Bukankah para ulama Islam telah memberikan cahaya kepada alam ini melalui ilmu-ilmu mereka yang cemerlang seperti Ibnu Sina, al-Khawarizmi, Ibnu al-Nafis dan lain-lain. Oleh itu, setiap orang daripada kita hendaklah bertanya dirinya: Kenapa aku perlu cemerlang? Dia juga hendaklah bertanya, kenapa aku tidak cemerlang?

Bagi menjawab soalan ini, kita mendengar banyak jawapan yang dikemukakan oleh orang. Tetapi seorang muslim mempunyai jawapannya yang tersendiri kerana dia memiliki objektif yang mulia:

Saya mahu cemerlang kerana Allah: Ya! Saya mahu cemerlang kerana Allah, kerana Allah swt berfirman dalam surah al-An‘am ayat 162 yang bermaksud: “Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” Maka seseorang muslim mengetahui bahawa seluruh kehidupannya adalah kerana Allah. Antara kehidupannya ialah pelajaran, ilmu dan kecemerlangannya.

Saya mahu cemerlang kerana keluarga dan kedua ibu bapa saya: Antara cara saya berbuat baik kepada kedua ibu bapa saya ialah dengan menggembirakan mereka. Alangkah besarnya kegembiraan dan kebahagiaan mereka jika saya cemerlang dan berjaya mendapat markah paling tinggi.

Saya mahu cemerlang kerana diri saya sendiri: Setiap muslim mempunyai matlamat dalam kehidupannya. Jika dia mempunyai matlamat dan cita-cita yang tinggi, maka matlamat dan cita-citanya itu tidak akan tercapai melainkan dengan kecemerlangan.

Saya mahu cemerlang kerana ingin mengembalikan keagungan Islam: Mengembalikan keagungan Islam? Ya! Kerana ingin mengembalikan keagungan Islam. Keagungan Islam dahulu adalah melalui ilmu dan para ulama. Keagungan ini tidak akan datang kembali melainkan melalui para ulama yang benar, beriman dan ikhlas kerana Islam dan umat Islam, ulama dan ilmuan dalam pelbagai bidang yang bermanfaat
.
Jadi pilihlah tujuan anda ingin cemerlang....

Wahai pelajar yang dikasihi, kecemerlangan anda dalam pelajaran juga perlu keberkatan,


MULAKAN PEMBELAJARAN ANDA DENGAN PETUA DIBAWAH,
1.Mengerjakan sembahyang hajat dua rakaat sebelum mengulangkaji agar Allah memberikan pertolonganNya kepada anda.
2. Membaca al-Quran sebelum memulakan ulangkaji, kerana ia akan menjauhkan syaitan daripada anda dan wajah anda akan dipenuhi dengan cahaya al-Quran.
3. Mulakan dengan berdoa.
4. Buatlah perancangan terlebih dahulu, seperti anda menentukan apakah subjek-subjek yang akan diulangkaji, tajuk-tajuk dan masa bagi setiap subjek dengan membuat jadual yang lengkap.
5.Mulakan dengan subjek-subjek yang mudah terlebih dahulu, kemudian barulah berpindah kepada subjek-subjek yang sukar.
6.Jangan tangguhlah kerja hari ini kepada esok hari. Anda hendaklah sentiasa mengulangkaji subjek yang anda pelajari pada hari yang sama.
7.Peruntukkan waktu yang mencukupi untuk berehat. Tetapkan satu hari setiap minggu bagi anda berehat dan berhibur.
8.Pilihkan tempat yang tenang dan jauh daripada sebarang gangguan serta ambil beratlah tentang masalah pencahayaan yang mencukupi, begitu juga dengan masalah kesihatan.
9.Cuba sedaya upaya untuk mengosongkan fikiran anda daripada sebarang permasalahan atau kesibukan sebelum mengulangkaji pelajaran.
10.Ambil beratlah tentang cara duduk yang betul iaitu belakang anda hendaklah lurus.
11.Segeralah pergi menunaikan sembahyang sebaik sahaja anda mendengar azan, kerana Allah 12.swt tidak akan memberkati pekerjaan yang melalaikan daripada sembahyang.
Selangkan di antara satu subjek dengan subjek lain yang anda ulangkaji dengan satu kadar masa yang mencukupi untuk berehat.

Sekadar panduan untuk memudahkan antum menjadi cemerlang... MOGA KECERLANGAN KITA ADALAH SEMATA MATA KERANA ALLAH DAN MEMARTABATKAN ISLAM


selamat Bercuti




buat anak2 yang ditarbiyah,


menjelang cuti sekolah bermula, maka bermula episod pentarbiyahan antum sepenuhnya dirumah..
maybe pelbagai agenda disusun oleh antum memenuhi cuti sekolah...biasanya, nak khatam tido especially lepas solat subuh tp yang paling bimbang bangun subuh lewat..lantaran berjaga malam untuk berchatting, main games, sms dan macam macam...

tapi buat anak2 bakal daie/ murabbi,
mustahil dan amat pelik untuk antum amalkan tabiat diatas..sejauhmana kualiti antum dalam pentarbiyahan lihatla apa yang antum buat musim cuti tanpa arahan dan peringatan atau leteran dari sesiapa..kekalkah antum dengan solat dhuha, solat diawal waktu, solat berjemaah, bangun qiam dan mengekalkan akhlak sebagai seorang muslim....so muhasabah diri kita semua..

asybal walzahrawat,
umi harapkan dari antum, cuti ini memberi peluang yang besar pada antum untuk mencari, faham dan amal erti tarbiyah dan dakwah sebenar..ingatlah bukan sekadar hebat berkata kata, boleh berpidato, memberi ceramah kepada orang lain tetapi nilailah diri sejauh mana amal islami kita..sejauhmana kita menjadi abid disepertiga malam.. nilailah kehebatan salahuddin Al Ayubi, Sultan Muhd Al Fateh, Rijal2 dizaman RAsulullah....dimana kehebatan mereka?????????? dimana lagi kalau bukan amalan dan hubungan dengan Allah..kuatnya Ibadah, hebatnya Akhlak dan hubungan dengan manusia lain..Jadi bagaimana KITa????????adakah hanya pandai berkata kata dihadapan manusia tapi kadang kadang kita sendiri tidak realisasikan... so pandang diri kita kemudian lihatlah manusia lain...

asybal walzahrawat,
sempena cuti sekolah ini, kita cuba amalan ini

1. bangun subuh seawal mungkin, kalau boleh dahulukan amalan sunat

2. bangun qiam sekurangnya 1minggu sekali

3. jangan amalkan tidur selepas subuh,tapi tidur khailullah

4. ambillah peluang sebanyak mungkin membuat kebaikan kepada ibubapa. sehebat manapun tarbiyah kita SYURGA TETAP DIBAWAH TAPAK KAKI IBU

5. menjalinkan hubungan baik dengan ahli keluarga

6. komit dengan program tarbiyah usrah dll(jika ada)

7. alquran tetap jadikan amalan harian

8. bagi PMR dan SPM, skor yang paling tinggi coz kita nak jadi daie yang serba boleh dunia dan akhirat.

9. kita jadi qudwah hasanah dalam keluarga

10. yang penting kita mesti berbeza dengan kawan2 yang tidak berminat dengan tarbiyah


moga dengan amalan ini, kita diberikan kekuatan untuk terus menjadi khalifah dibumi ALLAH.
Paling penting menjadi kiraan amalan di yaumul hisab sebagai timbangan kebaikan


AMINNN



Sunday, October 19, 2008

GADIS PALING CANTIK


Gadis paling cantik

Jalan menuju kecantikaN
Bunga atau mutiara
?

Tajuk yang indah ini menarik perhatian saya ketika saya membaca satu soalan yang ditujukan kepada para gadis: “Adakah anda bunga atau mutiara?” Bunga cantik, begitu juga dengan permata. Mana satukah yang anda pilih? Ya, bunga baunya wangi, warnanya cantik, menggoda dan menarik, manakala permata tinggi harganya dan cantik juga.

Tetapi, bunga umurnya pendek. Cepat layu jika dipanah terik matahari atau diganggu oleh tangan manusia atau binatang. Mungkin ada orang memetiknya, lalu ia akan layu dengan cepat. Umur bunga sangat pendek.

Sedangkan permata akan kekal kelihatan cantik selama-lamanya jika ia terus berada di dalam cenkerangnya. Ia tidak bersinar melainkan kepada yang berhak dan layak.

Kedua-duanya cantik tetapi kecantikan mutiara berkekalan sementara kecantikan bunga hanya sementara. Demikian juga dengan para gadis. Gadis yang tidak menutup aurat cantik tetapi ia sama seperti bunga. Manakala gadis yang menutup aurat dengan sempurna adalah mutiara yang amat cantik. Pasti terdapat perbezaan antara kedua-duanya.

Oleh itu wahai saudariku! Wahai orang-orang yang merindui syurga dan merindui para pemuda di dalamnya yang kekal abadi serta kenikmatan yang berpanjangan! Ketahuilah syurga Allah mahal harganya! Ketahuilah syurga Allah mahal harganya!

Setiap gadis yang beriman bahawa Allah sebagai tuhannya, Muhammad saw sebagai nabinya dan Islam sebagai agamanya hendaklah memerhatikan firman Allah swt (surah Ali ‘Imran ayat 102):

ÙŠَاأَÙŠُّÙ‡َا الَّØ°ِينَ آمَÙ†ُوا اتَّÙ‚ُوا اللَّÙ‡َ Ø­َÙ‚َّ تُÙ‚َاتِÙ‡ِ Ùˆَلاَ تَÙ…ُوتُÙ†َّ Ø¥ِلاَّ ÙˆَØ£َÙ†ْتُÙ…ْ Ù…ُسْÙ„ِÙ…ُونَ

Maksudnnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.”

Kembalilah!
Islam bererti menyerah, menerima serta tunduk kepada segala perintah Allah dengan penuh kerelaan dan reda.

Apakah yang Allah swt perintahkan kepada anda wahai muslimah?! Dia memerintahkan anda supaya menutup aurat. FirmanNya (surah al-Nur ayat 31):
ÙˆَÙ„ْÙŠَضْرِبْÙ†َ بِØ®ُÙ…ُرِÙ‡ِÙ†َّ عَÙ„َÙ‰ جُÙŠُوبِÙ‡ِÙ†َّ
Maksudnya: “...dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju dengan tudung kepala mereka...”

FirmanNya lagi (surah al-Ahzab ayat 36):

ÙˆَÙ…َا Ùƒَانَ Ù„ِÙ…ُؤْÙ…ِÙ†ٍ Ùˆَلاَ Ù…ُؤْÙ…ِÙ†َØ©ٍ Ø¥ِØ°َا Ù‚َضَÙ‰ اللَّÙ‡ُ ÙˆَرَسُولُÙ‡ُ Ø£َÙ…ْرًا Ø£َÙ†ْ ÙŠَÙƒُونَ Ù„َÙ‡ُÙ…ُ الْØ®ِÙŠَرَØ©ُ Ù…ِÙ†ْ Ø£َÙ…ْرِÙ‡ِÙ…ْ
Maksudnya: “Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara, (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka.”

Jika benar anda muslimah, ini bererti anda menyerah, menerima dan tunduk kepada perintah Allah. Jika anda menyerah, menerima dan tunduk kepada perintah Allah, kenapa anda tidak menutup aurat anda?

Aku memohon bantuanMu, wahai Tuhan!
Daripada sekeping hati yang cintakan kebaikan bagi anda dan bercita-cita agar anda mengecapi kemanisan iman... daripada sekeping hati yang bimbang anda akan berjauhan daripada Allah... yang bimbang hati anda menjadi gelap... yang bimbang keburukan-keburukan yang akan mencacatkan lembaran amalan anda hasil daripada pandangan nakal para pemuda dan pemudi yang menjadikan anda sebagai ikutan kerana tidak menutup aurat, meskipun hati anda dipenuhi dengan segala kebaikan... meskipun segala kebaikan yang anda lakukan, daripada kepingan hatiku ini, saya mengharapkan kebaikan untuk anda. Kuatkan semangat dan bermulalah dari sekarang! Ucapkanlah “aku memohon bantuanMu, wahai Tuhanku! Bantulah daku menghadapi diriku sendiri dan godaan-godaan dunia... Aku bertawakkal kepadaMu, wahai Tuhanku. Engkaulah segala-galanya bagiku... Tiada Tuhan bagiku selainMu. Maka perelokkanlah seluruh hal ehwalku.”

Renungan
Sekarang saya tujukan perkataan ini pula kepada setiap wanita yang telah memakai tudung. Ia adalah seruan agar setiap wanita yang telah memakai tudung agar mereka berdiri di hadapan cermin dan bertanya kepada dirinya sendiri: “Adakah tudung saya ini bersesuaian dengan kehendak Allah? Adakah akhlak saya bertepatan dengan kehendak Allah.” Sesetengah wanita yang telah memakai tudung menyangka dengan meletakkan secebis kain di atas kepalanya itulah segala-galanya, sedangkan dia memakai pakaian yang sempit dan jarang serta tidak menjaga akhlak dan adab Islam. Pernah terjadi seorang ibu mengadu tentang seorang anak perempuannya yang memakai tudung, tetapi menanggalkannya ketika berada di tepi pantai, tidak sembahyang dan tidak melayan ibunya sebagaimana selayaknya sebagai seorang ibu.

Maka ketahuilah wahai wanita yang telah memakai tudung bahawa tudung anda bukanlah segala-galanya. Jika benar anda memakainya kerana mahu mendapat keredaan dan kecintaan Allah serta kerana mentaatiNya semata-mata, maka sekali lagi ketahuilah bahawa tudung adalah pakaian Islam yang mempunyai beberapa syarat. Tudung juga adalah akhlak dan adab serta membantu anda untuk melakukan ibadat-ibadat yang lain.

Katakan tidak!
Saya menyeru kepada anda wahai muslimah untuk berkata tidak kepada:
Pakaian yang sempit dan jarang.
Pakaian yang mendedah aurat di tepi pantai, di majlis-majlis keramaian dan di mana-mana sahaja.
Wangi-wangian dan solekan.
Seluar sendat yang menyakitkan mata dan hati setiap orang yang cemburukan agamanya kerana melihat para gadis memakainya dengan begitu bersahaja tanpa menyedari kesannya terhadap para pemuda.

Saya menyeru anda wahai muslimah untuk memerhatikan diri anda di dalam cermin sebelum anda keluar rumah. Perhatikan dari depan dan belakang... Adakah pakaian anda bertepatan dengan kehendak Allah?

Bagaimana sepatutnya pakaian anda?

Hendaklah menutup seluruh badan kecuali muka dan tangan.
Tidak jarang. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Akan ada di kalangan umatku nanti wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang. Kepala mereka seperti bonggol-bonggol unta. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan memperoleh baunya.”
Tidak sempit. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Malu dan iman adalah beriringan.”
Tidak disapu dengan bau-bauan.
Pakaian itu sendiri bukan perhiasan. Firman Allah swt (surah al-Nur ayat 31) yang bermaksud: “... dan janganlah mereka (wanita-wanita yang beriman) memperlihatkan perhiasan mereka...”

Anda di dalam syurga

Wahai muslimah! Wahai mukminah! Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Sesiapa yang meninggalkan sesuatu kerana Allah, nescaya Allah akan menggantikannya dengan yang lebih baik.” Wahai wanita yang tidak memperlihatkan perhiasannya kerana Allah sedang dia difitrahkan suka kepada perhiasan, dengarlah sabda Rasulullah saw berkenaan sifat wanita-wanita dunia di dalam syurga kelak. Sabda baginda saw yang bermaksud: “Dengan sembahyang, puasa dan ibadat mereka kepada Allah swt, Allah menghamparkan cahaya di atas muka mereka dan memakaikan sutera berwarna putih, pakaian berwarna hijau dan perhiasan berwarna kuning di atas badan mereka. Dapur mereka adalah mutiara dan sikat mereka adalah emas. Mereka berkata: “Kami kekal abadi dan tidak akan mati. Kami penuh kelembutan, sama sekali tidak menyusahkan. Kami akan terus muda, tidak tua selama-lamanya. Ketahuilah bahawa kami sentiasa redha, tidak marah sama sekali.
Bergembiralah bagi sesiapa yang memiliki kami dan kami memiliki mereka.” (Riwayat al-Tirmizi)

MADRASAH MALAM SEORG DAIE

Dakwah Islam hari ini tidak akan dapat ditegakkan selagimana para da’inya tidak menyalakan obor mereka pada waktu malam. Cahaya dakwah juga tidak akan dapat bersinar dan memecahkan kegelapan jahiliyah kurun dua puluh selagimana ia tidak melaungkan ‘ya qayyum’.
Bukan kami orang pertama mengatakan ini. Sebenarnya ia adalah wasiat Imam Hasan al-Banna ketika beliau berkata kepada para da’i:“Minit-minit malam amat berharga. Janganlah kamu menjadikannya tidak bernilai dengan kealpaan kamu.”
Adakah kita sedar keperluan untuk mengembalikan semula ciri utama ini? Atau adakah kita telah terpedaya dengan ijtihad baru yang memungkinkan kita bermudah-mudah dan bermalas-malas?Sesungguhnya kata-kata Allah tidak berubah. Tetapi kita telah memurahkan minit-minit malam yang amat berharga itu dengan pelbagai kealpaan. Hingga tanggungjawab menjadi terasa amat berat dan Allah tidak memudahkan segala urusan kita..!
Kemenangan dakwah bukan terletak pada helaian kertas yang bertimbun. Tetapi ia terletak pada kembalinya orang yang ikhlas kepada ‘adat kebiasaan’ generasi awal. Bila hati menjadi suci dengan taubat dan mula dapat tersentuh dengan peringatan-peringatan yang diberi, maka ia akan menjadi penebus pada kesilapan semasa hasil kealpaan berpanjangan.Ini adalah satu syarat yang mesti
kadang kadang daie perlu berfikir, mengapa kesukaran kita menghadapi mad'u dengan pelbagai karenah...kadang kadang kerja dakwah kita tidak tersusun indah seperti mana penyusunan kita terhadap kerja peribadi atau kerja material..
inilah yang memungkinkan kita, kekuatan kita beribadah dimalam hari sebagai bekalan di siang hari. daie perlu menjaga dan berhubungan kuat dengan MAHA PENCIPTA untuk daie membina hubungan dengan manusia. seperti kisah kehebatan para sahabat, Sultan muhammad Al Fateh, Salahuddin Al Ayubi yang mencipta pengkisahan yang hebat dalam dunia Islam. Nilainya dari mana???????????bukankah dari MADRASAH MALAM
Ayuh kita sama sama check MADRASAH MALAM kita untuk menjadi kekuatan dalam dakwah dan pentarbiyahan.bukan sekadar kekuatan untuk berhujah dan berkata kata....

Wednesday, October 15, 2008

BAITI JANNATI



(kepada ikhwah sekalian.. ini adalah cerpen mengapa anda perlu kahwinngn akhawwat..Di tulis oleh IKHWAH )

Adib menggerakkan kesepuluh jarinya ke belakang, menyisir rambut dikepala. Ikalnya seketika kusut. Wajahnya pula sedikit sugul. Satuhelaan nafas panjang, menandakan kegelisahan hatinya, juga tatapanmata yang hanya berputar-putar tanpa ada titik perhatian yang bererti." Aku penat, Muaz", keluh Adib.Muaz, sahabat baik Adib yang sekarang menjadi `tong sampah' menatapAdib dengan kasihan." Kau menyesal?"tanya Muaz.Adib mengangkat wajahnya. Matanya menerawang sesaat. Ragu." Entahlah. Kalau ya sekalipun…untuk apa lagi? Aku tidak mungkin akanmeninggalkannya. Semua orang akan mentertawakanku, menghinaku", keluhAdib lagi. " Aku…"" Dia pilihan kau sendiri. Aku masih ingat lagi, kau cakap…kauterlanjur menaruh hati. Kamu berdua terlalu dekat. Sebab tu kau naksangat berkahwin dengan dia. Malah kau berusaha sungguh-sungguh agardia akrab dengan akhawat-akhawat yang sudah sekian lama berkecimpungdalam dakwah. Kau mengharap sangat dia menjadi seperti mereka, minimummungkin, dan mula faham dunia itu. Kau juga menolak keras ketika akudan juga sahabat-sahabat kita yang lain, bahkan ustaz sendiri,menawarkan pilihan lain", Muaz seolah-olah mengingatkan kembaliperistiwa itu." Ya, aku tidak lupa semua tu. Habis macam mana? Kami dah lama kenal,sama-sama menjadi ahli jawatankuasa belia kat kampung kami tu, danterlanjur hubungan kami pula terlalu akrab. Malah aku terlanjurbertanya tentang kesudiannya menjadi pendampingku. Dia pula tidakmenolak. Keluarganya pula sudah tahu kalau aku ni berniat untuk itu.Mereka tidak lagi menganggap kami ini sekadar teman biasa, tapi lebihdari itu. Habis…kalau aku berkahwin dengan orang lain macam manapula…", Adib menisir rambutnya lagi.Muaz semakin kasihan. Ah, satu pelajaran paling berharga untuknya yangmasih belum menggenapkan dien. Jangan sebarangan melakukan hubungandengan perempuan, lebih-lebih lagi memberikan harapan. Yang jelasjangan sebarang memilih pasangan.Adib sudah mendirikan rumah tangga. Isterinya walaupun bertudung rapi,namun bukanlah seorang yang faham tentang dinamika dakwah danpergerakannya. Dia tidak mampu memahami segala kesibukan suaminya yangkadang-kadang perlu pulang lewat malam malah kadang-kadang perlumenginap di tempat lain. Dia juga sukar diajak ke program-programdakwah yang digerakkan oleh bekas aktivis dakwah kampus. Malah diatidak suka berbual soal fenomena dan keadaan dakwah apatah lagitentang permasalahan umat. Itulah yang Adib keluhkan ketika ini. Diaberasa bosan dan penat untuk berhadapan dengan semua itu." Kau ni pelik", rungut Muaz." Maksud kau", kening tebal Adib bertemu seolah-olah pelik dengankata-kata Muaz." Sepatutnya bila kau dah tahu ini jadinya, kenapa pula kau nakmengeluh sekarang? Tugas dan tanggungjawab kaulah nak memahamkan dia,nak fahamkan dunia dakwah kau tu", tegas Muaz.Adib menghela nafas panjang. Dia juga tahu semua itu. Tetapi sekarangtugas tersebut terasa begitu berat dan terlalu membebaninya. Wahidabukanlah isteri yang tidak cekap mengurus rumah tangga, juga bukanseorang yang suka membangkang. Cuma dia hanya berasa cukup dengan itusahaja. Padahal Adib mahukan isterinya berubah. Dia mahukan isterinyaseperti akhawat-akhawat yang dia kenal, yang mempunyai visi tentangdakwah, aktif, dan sudah pasti mampu berkomunikasi dengannya tentangpermasalahan dakwah." Kau tak kasihankan aku ke, Muaz? Ketika ikhwah-ikhwah lain sudahbergerak ke sana ke mari, aku masih lagi perlu menjelaskan padaWahida, mengapa aku perlu begini. Ketika kamu semua sedang sibukmembangunkan mimpi, aku masih lagi terkujat dengan partnerku yang jugakuajak membangun mimpi. Seandainya…"" Seandainya kau berkahwin dengan akhawat yang memahami, yang se idea,jelas kau tidak perlu melakukan semua itu. Malah boleh jadi, isterikau membuatkan kau semakin laju. Begitu?" Muaz terus menyambungkalimat Adib yang tergantung." Ya. Bukan fikiran yang salah, kan? Kesempatanku masih ada lagi tigakali", kata Adib dengan nada putus asa.Muaz menggeleng-gelengkan kepalanya." Ta'adud bukan pelarian. Dalam keadaan sebegini, aku sangsi kau tidakmampu berlaku adil. Lupakan semua itu dulu", tegur Muaz.Sekumpulan akhawat melintas di hadapan mereka. Kata-kata ustaz ketikadia mengkhabarkan tentang perkahwinannya, seketika terngiang-ngiang ditelinga Adib." Mengapa dia? Antum mahukan akhawat yang macam mana? Insya Allah anaakan carikan. Yang kaya? Yang cantik? Yang cerdas? Yang sudahbekerja?" tanya ustaz." Afwan, ustaz, Saya sudah ada pilihan", tegas Adib." Akh Adib…akhawat kita yang sudah berumur dan sudah bersediaberkahwin, ramai. Mereka menunggu kamu semua, para ikhwah. Antum tahu,secara kuantitinya, perkembangan kader ikhwah dan akhawat, selalunyalebih ramai di kalangan akhawat. Sebab itu…seharusnya setiap ikhwahbersedia untuk berkahwin dengan mereka", jelas ustaz sabar." Wahida memang tidak seperti akhawat-akhawat lain, tapi dia sangatbaik", jelas Adib.Ustaz tersenyum. Beginilah kalau terlalu mengikutkan hati." Ana tidak menolak itu semua. Tetapi sebuah rumah tangga dakwahharakiyah, memerlukan lebih dari sekadar baik. Baik sahaja tidakcukup. Isteri antum perlu orang yang faham konsep tersebut. Diasentiasa bersiap sedia bersama antum di dalam dakwah dan pergerakan.Malah dia bersedia menanggung beban dan pengorbanan. Ini bukan dalamtempoh masa setahun dua tahun, Akh. Proses membentuk karakter sepertiini juga memerlukan waktu yang panjang. Antum perlu menyediakansesuatu input dan waktu khusus untuk membawa isteri antum ke sana.Entah berapa lama. Jadi…mengapa tidak menikahi sahaja yang sudah jelaskualitinya?" desak ustaz." Afwan ustaz. Sekali lagi, saya sudah menetapkan pilihan. Saya datangke mari bukan untuk minta pertimbangan tetapi sekadar pemberitahuan",tegas Adib.Sekarang? Kata-kata ustaz terbukti sudah. Walaupun Adib yakin ustaztidak mengolok-olokkan dia, malah dia mahu membantu, tetapi Adib tidakada keberanian untuk datang dan menceritakan masalahnya.Rasanya…seperti tidak tahu mahu letak mukanya di mana. Sebab itu diamencari Muaz." Kalau kau tak terlalu mengikut perasaan dan berfikir labih jauh,juga mempunyai keberanian, kamu mampu sahaja mebatalkan pinangan tidakrasmi kamu tu dulu.kau bagitau sajalah kau dah ada kriteria tertentutentang calon isteri, ya memang agak risiko. Tapi itu akan seiringberjalannya waktu. Yang jelas kamu bukan seperti sekarang", Muazberandai-0andai." Muaz, itu cerita lama. Sekarang ni aku mahukan penyelesaian untukkeadaan diriku sekarang!", ujar Adib kecewa.Muaz ketawa. Hati Adib benar-benar menjadi marah.Deringan telefon berbunyi membuatkan Adib tersentak seketika. Wajahnyaberubah tiba-tiba ketika menatap skrin telefonnya." Waalaikumusslam. Abang dengan Muaz ni. Kenapa? Ya, lepas abangselesaikan urusan abang, abang kan balik. Walaikumusslam", Adibmengakhiri perbualannya." Siapa? Isteri kau ye?"tanya Muaz.Adib mengangguk." Dia selalu saja mahu tahu ke mana aku pergi. Manja. Mahu aku nibersama dengan dia je", keluh Adib." Kau ni mengeluh lagi. Bagaimana dengan cinta yang dulu yang kaujadikan alasan? Kau masih mencintainya, kan? Begitu juga dia?" pancingMuaz.Adib tersenyum samar. Cinta. Benarkah? Apakah dulu layak disebutcinta? Jangan-jangan hanya sekadar suka. Yang ada waktunya itu hanyaperasaan ingin menjadikan orang yang setiap ketika dia mendekati. Bisaia dipandangi. Entah apa itu namanya." Jangan bicara soal cinta. Aku juga sedang mencarinya", jelas Adibpasrah.Suara azan Asar mengejutkan kedua-duanya. Muaz menepuk bahu Adib,mengajaknya segera solat. Semoga selesai menghadapNya, mereka mampumelihat jalan keluar dan titik yang lebih terang dalam permasalahanini. Ternyata selepas solat, Adib mengambil keputusan untuk pulang.Dia tidak mahu isterinya merajuk kerana terlalu lama menunggu. Dalamkeadaan normal, Adib biasa pulang darin pejabatnya pukul satu,bertepatan dengan waktu makan. Muaz hanya mengangkat bahunya." Kalau kau masih mahu menceritakan masalah kau, aku bersedia untukmendengarnya, Adib! ", Jerit Muaz ketika motorsikal Adib lajumeninggalkan halaman masjid. Adib hanya melambaikan tangan.Malam berjalan menuju separuhnya. Suara cengkerik dan sesekali selaanbunyi burung hantu, menimbulkan suasana khas yang terkadangmenegangkan. Adib menyandar ke dinding, menatap sosok tubuh yangsedang nyenyak tidur.Wajah itu belum banyak berubah. Juga senyumannya. Sesuatu yang sempatmenggetarkan perasaan Adib. Bahkan menimbulkan keinginannya untukselalu menatap. Sekarang? Entahlah. Padahal, mereka baru sahajaberkahwin diua tahun.Mungkinkah kerana Wahida tidak lagi berubah seperti yang diharapkan?Atau Adib mula penat dengan semua hal yang dia fikir mampudimaklumkan? Atau….Adib mula putus harapan? Bukankah dia sering irihati ketika melihat pasangan ikhwah dan akhawat yang bersemangatdatang ke program-program meraka. Juga ketika melihat ummahat yangaktif menguruskan yayasan, lembaga, atau sarana dakwah lainnya. Oh,bahkan dia sempat bergetar perasaannya ketika bekerja sama denganakhawat yang masih bujang, ketika sama-sama menguruskan beberapa kerjadalam program dakwah. Kadang-kadang dia rasa macam mahu menutuptelingannya ketika teman-teman sepengajiannya bercerita tentangdinamika rumah tangga mereka yang tidak pernah terlepas dari dakwahdan ibadah. Adib mengeleng-geleng.Resah.Ditatapnya wajah Wahida kembali. Wajah yang sering mengundang rasasayang. Perasaan yang tidak pernah tega. Bukan seperti wajah paraakhawat yang dia kenal. Wajah mereka tegas dan penuh kepercayan padadiri. Hanya kadang-kadang saja dia mampu menikmati kelembutan ataukemanjaan yang seolah-olah sengaja disembunyikan.Astaghfirullah…Adib mengusap wajahnya. Mengapa aku tidak mampubersyukur? Mengapa aku menumpahkan semua penyebab kerisauan hatikepada Wahida? Benarkah dia tidak bersalah sama sekali? Tidak. Jangan–jangan , sikap Wahida yang begitu lambat berubah, kerana sikap Adibsendiri. Boleh jadi Adiblah yang terkesan memaksakankehendaknya.Mengajaknya menembusi dunia yang jauh berbeza, tanpa adatahapan. Benar kata ustaz, Adib perlu menyediakan input terbaik danwaktu yang lebih, jika benar-benar mahu Wahida seperti yang diakehendaki. Dan, kesabaran adalah kunci utama dalam proses panjang itu.Sebagaimana Adib sendiri mengalaminya sejak sekolah menengah dulu.Jelas, Adib mengenal Islam lebih mendalam sejak di tingkatan enamrendah di sekolah menengah, kemudian mula aktif di kampus sehinggalahsekarang , dalam dunia pekerjaan. Proses itu terus berjalan. Berapatahun? Tujuh tahun! Bagaimana mungkin dia mahuklan Wahida sepertinyadalam hitungan satu dua tahu ini? Secerdas dan seaktif apapun Wahida,dia tetap tidak akan mampu dipenuhi.Kata-kata Ustaz benar.Kenapa kitaperlu memilih akhawat yang sudah menjadi? Yang sudah sama siapberlari? Ini untuk matlamat dakwah yang panjang…Tiba-tiba…Satu tepukan lembut memutuskan perenungan Adib. Wahida menatapnyapenuh tanda tanya. Adib tersenyum tipis." Abang tak dapat tidur, Penat sangat rasanya.Tadi tengahbersih-bersihkan komputer", jelas Adib sebelum Wahida sempat membukamulut." Abang nak Wahida picit? Atau abang nak minum?" tawar Wahida dan siapsedia bangun." Tak payahlah. Abang…nak solat. Insya Allah lepas ni lebihbersemangat". Adib menepuk bahu isterinya dan bergegas ke bilik mandi." Wahida nak ikut", Wahida menyusul. " Wahida nak solat sama-samadengan abang. Mudah-mudahan kita cepat dikurniakan anak", ujar Wahidamanja.Adib tersenyum lalu mengangguk.Wahida berdoa agar mereka dikurniakan zuriat penyambung generasirabbani. Adib berdoa agar diberikan kesabaran dan kekuatan dalam usahamembimbing keluarganya. Lebih-lebih lagi apabila nanti merekabenar-benar mendapatkan amanah. Dia sudah tahu, tidak ada lagi jalanmundur. Dia harus maju. Dan sebagai seorang qowwam, dia tidak mungkinmaju sendiri-sendiri. Itulah bentuk tanggungjawabnya.Malam semakin pekat dan dingin. Bunyi cengkerik berirama layaknyaseperti okestra. Adib merasakan dadanya lebih lapang dan tenang.Dia akan cuba terus mendidik zaujahnya menjadi seperti zaujah ikhwahnya.

Kepada ikhwah, nikahilah akhawat yang boleh seiring dalam membantu bersama meneruskan tugas sebagai daie

SELAMAT BERPUASA ENAM SYAWAL

Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) : “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan meneruskannya dengan enam hari di bulan Syawwal, maka (pahalanya) seolah-olah berpuasa selama setahun” (Hadis riwayat Imam Muslim. Kitab Puasa). Hadis ini menjadi hujjah kepada para ulama khususnya dan umat Islam seluruhnya untuk mengamalkan puasa sebanyak enam hari di bulan Syawwal selepas berjaya menempuhi bulan Ramadhan dengan berpuasa sebulan penuh.
Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri. Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem percernaam di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan. Kedatangan bulan Syawwal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya, apatah pula amalan masyarakat kita suka mengadakan kenduri pada musim-musim perayaan. Pada hari raya, ia mencerna pelbagai jenis makanan bermula dari ketupat rendang sehinggalah kepada nasi minyak. Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.

Selain dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah SWT, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawwal walaupun sekadar enam hari. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersunguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya. Bukankah ibadat puasa ini mengikut hadis sebenarnya mengekang nafsu syahwat?

Di dalam hadis tadi, Rasulullah SAW menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun. Para ulama menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawwal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari! Subhanallah. Dan sesungguhnya Allah berhak untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendakiNya

Marilah sama sama kita mengerjakan puasa enam DAN mengekalkan amalan Ramadhan pada bulan bulan seterusnya. AMINNN

Wednesday, October 8, 2008

salam idul fitri

salam idulfitri..salam kemenangan bagi umat yang berjaya memenuhi ramadhan dengan seribu satu amalan dan ibadah padaNYA.
Moga amal kita pada ramadhan yang lepas diterimaNYA..dan terus berkekalan pada bulan bulan lain

selamat berpuasa enam krn disitu ada pelbagai keberkatan dan kerahmatan.

Tuesday, September 16, 2008

salam pertengahan ramadhan

salam Ramadhan kareem dan salam nuzul alquran.selamat mengejar lailatul qadar..
bulan keampunan muncul untuk memberi peluang pada umatNYA terus memohon keampunan dan keredhaan.
Moga kita semua lebih bersemangat untuk meningkatkan ibadah kepada Allah. Yang pasti buat sang pejuang, Ramadhan Tahun ini lebih baik daripada Tahun lepas dan mungkin kita tidak lagi bertemu ramadhan tahun depan. ayuh muhasabah diri, buang kekotoran yang ada dihati sebagai bekalan bulan bulan mendatang.

buat sang penggerak, ramadhan inilah perlunya target kita untuk meramaikan mad'u atau memantapkan mad'u.

Friday, August 8, 2008

duhai zahrawatku

tahniah atas pentauliahan sarjan n staf sarjan
anak anak yang serba boleh,merekala naqibah dan sarjan KRS-M



bersama anak anak yang akan memikul tugas dakwah




inilah anak anak penguat semangat "ummi" untuk terus bekerja pada jalan yang dipilih dan sanggup melepaskan pekerjaan yang agak lumayan di dunia semata2 untuk bersama antum. bersama kalian terasa hidup penuh dengan kebahagiaan lantaran kesediaan antum menyerah hati untuk ditarbiyah, walaupun "ummi" terpaksa belajar memahami diri antum seorang demi seorang yang pasti kesemuanya berbeza. "ummi" tidak mengharapkan apa apa dari antum, cukuplah sekadar antum meletakkan ALLAHUGHAYATUNA. percayalah "ummi" amat bahagia tatkala bersama antum berhalaqah, qiam bersama kadangkala berbalah dengan antum, semua itu tidak menjejaskan kasihsayang "ummi" pada antum. antumlah harta paling bernilai yang Allah hadiahkan untuk "ummi".


"ummi' pohon maaf sepanjang mendapat gelaran murabbiah dari antum "ummi " tak dapat jalankan tugas dengan sempurna dan kadang kadang menyakitkan hati antum. apepun "ummi" doakan antum jadi setaat taat hamba Allah. Insyaallah antum adalah MUHARIKAH dan berjaya dunia akhirat.SALAM KASIH SAYANG KERANA ALLAH DARI "UMMI"
hati ini merindui halaqah bersama sama keranaNYA,
jiwa ini mendesak mencari mutiara untuk mengisi kekosongan DAKWAH,
jiwa ini memerlukan kekuatan ROHANI
Untuk meneruskan tugas DAIE
Menyampaikan dakwah secara BERJEMAAH


Wednesday, August 6, 2008

PERTANYAAN&BISIKAN DIJALAN DAKWAH


ni gambar pusat pentadbiran malaysia...hehe Putrajaya.
salam utk semua muharik dan muharikah,


kenape saya namakan blog ni sebagai muharikah............sebenarnya keberadaan kita di jalan dakwah ini adalah satu kewajipan dan yang paling penting bila kita melalui proses tarbiyah kita perlu bergerak untuk mencari penggerak yang akan menggerakkan dakwah. so kita adalah penggerak yang perlu sentiasa bergerak untuk mencari penggerak penggerak yang lain untuk menggerakkan dakwah bagi mencapai kemenangan islam...so kita semua adalah MUHARIKAH


...............................................................................................................................................................................

PERTANYAAN & BISIKAN DI JALAN DAKWAH.


Bagi pendakwah, apa pun jua yang telah diusahahkan dengan tangannya untuk perjuangan ini, bukanlah miliknya tetapi ia adalah sesuatu yang perlu dan sepatutnya diwakafkan untuk jalan dakwah ini. sesuatu yang kita tidak miliki, kita tidak usah lekat atau gantungkan emosi dan perasaan kita padanya. Biar ia menjadi milik dakwah. Untuk kita, cukuplah ganjaran daripada Allah Taala.




PERSOALAN UNTUK PENDAKWAH@MUHARIK /MUHARIKAH


1. Apakah kita harapkan dari usaha dan pekerjaan kita ini????????????

AsSyu ara':109


2. mengapakah sedemikian??sebab

Az Zukhruf: 32, At Taghabun: 15


3. Apakah ganjaran itu ??????

As Saff : 12-13


4. jika tiada sokongan manusia, tiada gaji, tiada harta, dan tiada nama, bagaimana akan jadi hidup ini? bagaimana dapat menyumbang untuk usaha dakwah ini???

Al Imran: 175, Ar Rum : 47, Muhammad : 7


5. Anda perlu glamour dan ana nama dalam hidup ini ???

Al Munafiqun: 8, An Nisa' : 139


6. Tapi kerja ini sukar, dicemuh dan banyak masalah serta karenah

At Taubah : 42


7. jadi bagaimana dengan isteri, suami, anak anak, harta????

At Taubah : 24


8. masih ada alasan untuk kerja dakwah?????????????

At Taubah : 44-45


9. Masih tak puas kerana tidak ada gaji, pangkat atau bonus atau pujian????

At Taubah : 58-59


10. Sekiranya kita membiarkan dunia ini mencelah diantara kita dan perjuangan ini...

At Taubah : 38 -39


11. Hmmm...masih tak berapa yakin untuk fulltime keje dakwah ????????

Al Baqarah : 2


Ingat tak lagi kata kata" Allah dan Rasul " yang diucapkan oleh Saidina Abu Bakar ketika beliau menyerahkan seluruh hartanya ketika peperangan. keyakinan beliau pada waktu hanyalah pada Allah semata mata.. tapi adakah beliau jatuh miskin setelah hartanya dikorbankan ??????????malah lebih hebatkan?????????????
- moga kita semua lebih bersemangat untuk ditarbiyah, mentarbiyah- amin

Monday, August 4, 2008

NILAI HALAQAH USRAH

Halaqah Usrah,
satu perkataan yang amat sinonim pada diri kita yang bergelar mad’u,mutarabbi or murabbi.Tapi kadang kadang kita dapat lihat sejauhmana keberkesanan usrah dalam pelaksanaan tarbiyah diri. Ada yang menyatakan agak boring, bolehla jugak, tak sabar sabar n untuk tambah ilmu dan meningkatkan keimanan kepada Allah. Itulah persepsi yang bermacam macam.

Ana nak sebut persepsi “agak boring tapi bolehla untuk tambah keimanan”. Padahal bukanlah baru sehari dua dalam halaqah usrah malah hampir bertahun tahun. Bila ditanya kenapa jadi begini. Alasannya, usrah terlalu skema n lebih kepada menghabiskan silibus. Nak berbual tentang isu lain amat terhad dan jarang sebab dah kalut nak balik pulak. Akhirnya usrah jadi tempat menghabiskan silibus. Memang tidak dinafikan dalam usrah kita ada bahan untuk di bahas, dibentang n di amalkan. Yang pasti untuk tambah keimanan pada Allah. Apa yang ana dapat simpulkan, halaqah usrah pada hari ini banyak terikat dengan bahan @ silibus. Cuba kita bayangkan tetiba kita ditukarkan di hulu yang bukan kawasan yang ada usrah n jauh dari ikhwah akhawat..so kita yang dah lama faham tarbiyah takan nak berdiam diri. Kebetulan pulak sume bahan tarbiyah di tinggalkan di kampung, so gunakanlah kefahaman tarbiyah yang ada.
Ape yang ana nak maksudkan disini halaqah usrah bukanlah bergantung pada bahan semata mata tapi murabbi perlu kreatif kena tackle mutarabbi supaya halaqah usrah yang kita bina betul betul harmoni dan mutarabbi tak sabar sabar menanti minggu seterusnya.
Yang paling penting kita dapat rasakan usrah adalah sunnah Rasulullah.kitelah yang perlu me"nilai"kan usrah supaya usrah kita adalah sukses.MURABBI perlu main peranan besar.
Wallahua'lam moga kita terus dalam medan dakwah.amin

Sunday, August 3, 2008

salam perjuangan

salam perjuaangan untuk semua murabbi/murabbiah.
mogA kita thabat dijalannya.
kita adalah muharikah islam.