Thursday, May 21, 2009

cerpen adakah laGI akh MARWAN

Akankah kutemui lagi akh Marwan?

Insyirah duduk termangu sambil menanti menu pesanan di bawa kepadanya. Fikirannya melayang kosong. Kebiasannya Insyirah jarang membuang waktu sebegitu. Lantas dikuaknya kitab kesayangan di tangannya.

‘ Cukuplah jika hanya sehelai muka surat,’ bisik hatinya.

Setelah selesai bacaan khusyuknya mentadabburi ketinggian kalimah Tuhannya, lamunannya kembali menjelma, berterbangan di alam mindanya…
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Zahirah tersenyum malu di hadapannya. Tunduk tersipu-sipu..

‘ Ukhti, betul ke ni? Anti setuju ? Tidakkah terlalu awal ? ‘ Insyirah bertanya dengan wajah yang berkerut. Dia masih musykil dengan jawapan ukhtinya itu.

‘ Mengapa? Bukankah akak sendiri yang menyampaikankan lamarannya?’ Zahirah hairan terpinga-pinga. Di dadanya bergelojak perasaan tanda tanya yang pelbagai.

Insyirah menggeleng-gelengkan kepalanya. ‘Tidaklah.Akak cuma menyampaikan amanah akh Tariq. Dia mengatakan dia sudah bersedia untuk menikah dan ternyata dia memilih anti’.

Insyirah menarik nafas panjang lalu menyambung, ‘Kalau anti sudah bersedia, jangan risau. Anti pun sudah istikharahkan? Berserahlah pada Allah ya?’
….




‘Nasi goreng daging?’ teguran pelayan yang sopan dan anggun di Restoran Ala Kadar itu mematikan lamunannya.

Mengapa ya peristiwa itu mengganggu fikirannya? Dia sukar menerima keadaan itu.

Namun, pada fikirannya, bukankah lebih baik seorang akh itu memilih ukht yang lebih menuntut pernikahan itu dan sudah menanti begitu lama untuk menerima lamaran dari seorang pemuda yang memahami Islam dan mengikut tarbiyah sepertinya? Umpamanya Nuha yang sudah pun 27 ataupun kak Mira yang berusia 30 tahun? Mereka itu sanggup menolak lamaran calon ahli keluarga hanya kerana ingin berkahwin dengan seorang akh!


Sedangkan Zahirah baru sahaja berusia 22 tahun. Agak muda dan mentah dalam dakwah, namun itulah yang menjadi pilihan seorang akh yang dia kagumi, yang sudah lama bergelumang dalam dakwah. Insyirah mengeluh berat.Dia teringat akan perbualan zaujnya semalam dengan akh Tariq. Dia berasa geram dan sedikit jengkel dengan jawapan akh Tariq.

‘Anta biar benar syeikh…Mas’ul Anta ok ke. Ukht tu baru sangat. Masih umum. Ingat sikit syeikh menikah ni bukan sekadar memenuhi keperluan seorang manusia tetapi untuk keperluan dakwah juga syeikh….’ Lembut suaminya Zaid berkata-kata.

‘Afwan syeikh! Ana ingat prinsip itu. Ini semua adalah dalam rangka ibadah dan perhitungan kekuatan dakwah juga, InsyaAllah. Dengan memilih Zahirah , ana rasa ana akan lebih tenang beribadah dan lebih mantap pergerakan dalam dakwah. Ana takut nanti daripada nikah dengan orang lain ana akan tetap asyik teringatkan dia..’ Akh Tariq mempertahankankan keputusannya..

Waduh! Ucapan apakah itu dari seorang akh yang pernah dikaguminya dahulu? Yang aktif di medan kata-kata dan amal?

Akh Tariq meneruskan hujahnya lagi ’Ukht itu juga adalah seorang yang cerdas, memenuhi kriteria yang ana inginkan…’

’Bukan kerana dia cantik, syeikh? ’zaujku memintas.

Ala….itu fitrah syeikh. Normallah itu.Kitakan lelaki? Rasionallah syeikh..’ akh Tariq menjawab sambil tertawa kecil. Berharap keinginan lelakinya itu difahami oleh lelaki yang menjadi perantara antara dia dan bakal isterinya.

Dia mengakui keinginan fitrah manusia yang suka pada kecantikan dan keindahan. Setiap insan boleh memilih siapakah bakal ratu dalam rumah tangganya. Ya, mereka layak memilih. Namun sangat mengecewakan baginya bila ada seorang akh seperti Tariq yang nyata mengutamakan kecantikan fizikal berbanding yang lainnya. Cuma kriteria-kriteia yang lain adalah sekadar penambah. Yang menjadi pilihannya yang terutama adalah kecantikan pada Zahirah yang memang memukau pandangan, walau di mata wanita sekalipun. Zahirah merupakan anak kacukan Iran dan Melayu. Matanya coklat berkilauan. Pipinya lembut keputihan. Jika matahari memancar pada wajahnya, akan terserlahlah kemerahan di pipi dan bibirnya, menambahkan keperawanan seorang wanita. Dia mengaku Zahirah adalah orang yang solehah, namun padanya, ada berpuluh lagi akhwat yang menantikan pinangan seorang ikhwah. Mereka semua tidak kurang cantiknya, dan mereka telah bertahun-tahun dididik di bawah sistem tarbiyah yang syumul.

Insyirah benar-benar kecewa dengan realiti yang ada. Bukankah seharusnya orang seperti Tariq adalah mereka yang sepatutnya memilih isteri pertamanya berdasarkan kualiti agama, kemudian barulah pada kualiti-kualiti yang lain.Mengapa ini boleh berlaku?


‘Aih!Mengelamun ke,Puan Insyirah?!’ Satu panggilan menghentikan lamunannya yang panjang. Baru dia sedar nasi goreng daging di hadapannya masih belum disentuh lagi. Mastura ketawa kecil melihat gelagat sahabatnya itu.


‘Eh, takdelah Mas. Cuma terfikirkan karenah yang pelbagai di kalangan manusia ini.’

‘Pasal kes ikhwah yang memilih sangat pasangannya ke? ‘ Tepat sekali Mastura menebak. Dia tahu teman karibnya bergelumang dengan tanggungjawab yang tidak ringan.

‘Insyirah, tak baik kalau asyik terfikirkan sangat perkara itu. Sekurang-kurangnya mereka masih mahu memilih akhawat, bukan? ‘ Mastura memujuk. Namun reaksi Insyirah tidak menunjukkan dia mahu menerima kenyataan itu.

‘ Bukan begitu. Ana kasihankan akhawat kita yang masih lagi belum bernikah. Takkan kita mahu jodohkan mereka dengan calon yang bukan ikhwah? Hurmm, ana ada terfikir juga, macamlah ikhwah itu bagus sangatkan? Tak dapat ikhwah pun tak apalah. Mereka bukanlah yang terbaik di dunia ini! ‘ jawap Insyirah penuh emosi. Dia tahu kata-katanya itu berada di luar batas fikiran rasionalnya. Namun kadang-kadang realitinya begitu, Mustahil untuk mengahwinkan semua akhwat dengan ikhwah memandangkan bilangan ikhwah yang sedikit berbanding akhwat. Apabila dianjurkan poligami, ramai menolak. Maka akhawatlah yang perlu beralah apabila ketiadaan calon buat mereka. Ada yang terus meninggalkan dakwah lantaran suami yang tidak bersama-sama menceburkan diri dalam dakwah.


‘Abaikanlah apa yang ana kata tadi Mas. Lepas makan nanti kita pergi cari suami ana ye?’
………………
‘Bila anta nak nikah? Dah habis study dah.Sudah ada kemampuan. Kasihan akhawat menunggu,’ suara akh Zaid kedengaran di balik pintu yang nipis. Insyirah dan Mastura baru sahaja mahu mengetuk pintu bilik pensyarah muda itu sewaktu mereka terdengar perbicaraan itu berlangsung.

‘Biar dululah abang. Pada ana, kemampuannya belum ada. Masih takde 20k lagi. Tak boleh nak omong kosongkan?’ Balas satu suara yang tidak dikenal pasti. Mastura dan Insyirah berkira-kira siapakah pemilik suara parau itu.

‘Bukan macam itu. Pada anta, anta minat pada akhawat yang bagaimana?’

‘Kalau boleh bang, ana mahukan isteri seumpama Aisyah yang cantik dan cerdas. Bonus kalau dapat macam Khadijah yang ada bisnes dan boleh sara ana sambung masters! ‘ canda suara lelaki itu.

‘Yalah. Kalau boleh anta nak kedua-duanyalah kan? Hurmm.. tapi kita tak boleh terlalu banyak kriteria akh. Susah juga nak cari nanti.’ Balas akh Zaid secara berhemah.

‘Takpe bang. Ana yakin akhawat kitakan ramai. Mereka pasti tak tolak punya kalau ada ikhwah nak pinang mereka,’ jawap suara lelaki itu sambil tertawa.

Insyirah mendengar perbualan itu dengan perasaan geram dan mual. Dia tak sanggup berada di situ terlalu lama. Niatnya bertemu suaminya, Zaid dibatalkan. Lantas dia menarik tangan Mastura dan beredar dari situ

‘Mudahnya mulut mereka berkata-kata!!!’ Gertak hatinya sendiri. Terasa hatinya sedang panas membahang kerana kegeraman.


‘Belum tentu ada akhawat nak kalau ada hati macam itu! Tak sangkanya ada ikhwah berfikiran seperti itu’ Dia membentak lagi.

‘Insyirah? Anti ok? Merah muka anti ana tengok?’ Mastura menegur.


Insyirah hanya mampu menggeleng-geleng kepala tanpa menjawap. Dia tak mahu kerana kemarahannya dia memburukkan saudara seIslamnya sendiri. Biarlah dia menanggungnya sendiri.i Itulah yang menyebabkan Insyirah menolak Akh Toriq

Fikirannya tiba-tiba teringat akan akh Marwan. Tersangat bagus peribadi dan sikapnya. Dia bukan sahaja menjadi sebutan dikalangan para siswi kerana kesolehannya, namun dia juga adalah seorang yang amat tampan. Pandang sekali tentu tidak puas. Terserlah aura anak keturunan Bugis dan Jawa dari kulit sawo matangnya. Misai dan kumisnya dijaga rapi. Rambutnya sentiasa disisir kemas walaupun dia kelihatan gemar berkopiah. Dia menjadi idola pada pelajar-pelajar asing di universiti luar negara di tempatnya menuntut. Dia cemerlang dalam pelajarannya dalam masa yang sama mantap dalam tarbiyahnya. Jawatannya dalam organisasi dan dakwah tidak terbilang. Dia menjadi tokoh dikalangan ikhwah dan dikagumi di kalangan akhawat.

Apabila tiba masanya akh Marwan untuk bernikah, ramai tertanya-tanya siapakah gerangan wanita bertuah yang menjadi permaisuri hati beliau. Ramai meneka tentulah pasangan hidupnya itu adalah orang yang secocok dan sepadan dengannya. Wanita yang turut menjadi dambaan para pria.

Namun ketika Insyirah menghadiri majlis perkahwinan akh Marwan itu, dia amat terkejut apabila melihat isteri akh Marwan adalah seorang wanita yang biasa sahaja secara fizikalnya. Dan dia mendengar isteri akh Marwan adalah 5 tahun lebih tua darinya. Pada wajahnya tidak ada kecantikan yang terserlah secara terang. Namun terbit cahaya yang menyenangkan bagi sesiapa yang melihat wajah wanita itu. Tentunya itulah cahaya kesolehan. Cahaya kecantikan yang dilihat oleh seorang lelaki yang sesoleh isterinya juga. Malah ukhti itu adalah seorang yang sangat aktif dalam dakwah dan tarbiyah.

Insyirah yakin akh Marwan membuat pilihan itu atas dasar dakwah, atas dasar Islam berbanding selainnya.



‘Puan Insyirah!Mengelamun lagilah tu!’ Mastura mengejutkannya lagi.


‘ Ade lagi ke ikhwah seperti akh Marwan?’ Insyirah menjawab tiba-tiba.

Tercengang Mastura mendengarnya. Namun dia faham apa yang difikirkan sahabat baiknya.

‘Entahlah Insyirah. Ana sendiri ada beberapa kriteria dalam memilih calon suami ana sendiri. Ana inginkan bakal suami ana memilih ana kerana kualiti dalaman ana. Bukan kerana paras rupa, ataupun kecemerlangan dalam studi ataupun kerana jawatan yang ana sandang..Bukan sebab duniawi itu tapi kerana di atas sebab yang sama akh Marwan memilih isterinya.’ Mastura yang masih bujang itu menjawap.



Petang itu, Insyirah pulang ke rumah membawa hatinya yang berat. Dia mengeluh berulang kali sehingga ditegur suaminya yang prihatin.

‘ Abang, kenapa ada ikhwah yang memilih sangat ye? ‘Insyirah bertanya manja. Tak mahu suaminya terasa dengan soalan itu.

Akh Zaid melempar senyuman buat isteri tersayang.

‘Akhawat pun sama. Masih ada yang menilai dari sudut kebendaan. Seperti memilih calon suami yang stabil kedudukan kewangan misalnya, bukan begitu?’ suaminya pula bermain kata

‘Logiklah kan bang? Nak mencetak generasi bakal pewaris ummah yang lebih baik memerlukan dana yang bukan sedikit. Anak-anak mahu bersekolah, keperluan rumah, makan minum dan sebagainya. Kalau anak ramai lagi banyak duit perlu pakai,’ Insyarah berhujah, tidak mahu kalah.

‘Ok. Jangan macam itu. Tak boleh berhujah dengan emosikan? Pada abang, mungkin benar ramai ikhwah mempunyai kelemahan, tapi akhwat sendiri apa kurangnyakan? Ada juga akhawat yang belum lagi memenuhi ciri-ciri seorang isteri seperti pandai memasak, menjaga anak dan mengemas rumah. Maka kena sama-sama perbaiki kelemahan itu bukan? ‘ Lembut akh Zaid memujuk isterinya. Dia sendiri pening apabila ditugaskan memegang amanah sebagai AJK Baitul Muslim. Terlalu banyak karenah manusia ini.

Pada Insyirah, dia sudah tidak ada jawapan pada persoalannya. Makin difikirkan, makin berat kepalany Yang pasti dia amat meyakini..sukarnya di zaman ini untuk mencari ikhwah seperti akh Marwan.


taken from :cerpen: akan adakah lagi akh Marwan?


semoga cemerlang wahai daie/daieyah ku

selamat menempuh peperiksaan sekolah dengan cemerlang. berusahalah meraih kecemerlangan demi ISLAM. Ujian ini adalah salah satu titik tolak untuk menempuh ujian ALLAH yang lebih besar..
bagi naqib/naqibah yang mendambakan cinta ALLAh dan Rasulnya, jana lah kecemerlangan anda di sekolah supaya rakan2 melihat keseluruhan ISLAM ada pada diri KITA dan sama2 mengikuti tarbiyah yang antum lalui. so, buat naqib/naqibah
- belajarlah dengan lebih tersusun bukan last minute
- tunjukkan kecintaan pada semua matapelajaran yg dipelajari dan nampakkan kesungguhan dengan berusaha
- berusahalah untuk mendapat keputusan yang terbaik melebihi orang LAIN.antum kena jadi LUAR BIASA.
- jangan tangguh untuk belajar
- susunlah jadual belajar dengan betul bukan sekadar melepaskan batuk di tangga
- jangan sesekali meremehkan urusan belajar. Disiplin penting dalam menuntut ILmu
- jgn ponteng kelas, kelas tambahan dan aktiviti pembelajaran

AYUH DAIE KU, TARBIYAH ITU DARI PERKARA KECIL HINGGALAH SEBESARNYA. walaupun kadang kadang kita rasa perkara itu nampak kecil, tapi sgt penting untuk tarbiyah.
SEGERALAH, cipta kecemerlangan anda dalam PP1.BUKTIKAN ANDA CEMERLANG

Thursday, May 14, 2009

nenek tersayang,


Mei 2009 adalah bulan yang memberi impak yang besar dalam hidupku.. 3 mei 2009, kehilangan MANUSIA yang paling bererti dalam hidup, terasa sebentar seolah hidup tidak bermakna lagi, tapi akur pada ketentuan ILAHI…akhirnya kepadanya jua kita KEMBALI

Kecuaian pihak hospital, bermulanya penderitaan MU, bayangkan hampir 2 bulan tidak sedarkan diri lantaran kesilapan ubat.MAk di masa hayatnya seorang kuat dan tabah. Malah tidak ada sebarang penyakit. Itulah yang menyebabkan ahli keluarga sangat terkilan. Pihak hospital tidak memberi laporan perubatan, malah kami tidak dapat menjawab soalan orang yang datang ziarah bila ditanya ttg penyakitnya.


Kehilangan nenek, tp sebenarnya sudah kuanggap IBU..yang mendidik menjaga dan bekorban untukku sejak aku di lahirkan..akal seolah tak mampu berfikir tentang kehilanganny dan seolah olah satu khayalan berita kehilangannya.. tempat aku berpaut kasih. Pergimu tanpa pesan yang membuatkan aku terpana.


Dalam blog ini, kurakamkan kasih yang tak terhingga dan tak ternilai untuk MAK..Manusia pertama yang aku sayang malah ibuku sebenar adalah manusia kedua..itu nilai kasih sayang aku padamu ….berdirinya aku sebagai manusia yang ingin mencari tarbiyah adalah keranamu dan hasil didikanmu.

Saat terakhir hayatnya, aku tiada disisi, namun berita dari ibu, mak kembali dengan mudah. ALHAMDULILLAH. Malah di hari pengkebumian berduyun duyun orang yang datang mencecah 1000 orang yang kami sendiri tidak tahu dari mana. Memang mak seorang yang sangat baik hati dengan orang lain dan suka bersedekah kepada sesiapa sahaja. Itulah HIKMAh yang di harapkan. Mg ditempatkan di kalangan orang beriman…amin


gambar kenangan bersama nenek berumur 5 tahun nak ziarah Tahailand


pagi sebelum pemergianNYA mengadap ILAHI pada malamnya

kesakitanmu membuatkan kami redha kehilanganmu

"KAULAH RATU HATIKU "

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

Tuesday, May 12, 2009

ISTIQAMAH KITA DALAM PERJUANGAN DAKWAH : ANTARA KURA KURA DAN SANG ARNAB


Mesti di antara kita masih ingat cerita kura kura dengan arnab yang berlumba lari. Malah sejak di zaman kecil lagi kita telah mendengar kisah ini yang penuh pengajaran. Namun di sebalik cerita ini juga ada pengajaran untuk kita dalam amal dakwah kita.

Kura kura, makhluk Allah yang diciptakan sememangnya berjalan lambat, dan tidak boleh berlari. Namun meneruskan perlawanan dengan arnab yang sangat pantas berlari. Namun akhirnya kekalahan arnab adalah kerana kelekaan dan complancency nya.

Begitu juga pendakwah yang bekerja di medan dakwah yang penuh dengan persaingan tidak perlu takut untuk berlari laju . kita sememangnya perlu berlari laju tapi bukan dengan keangkuhan dan kesombongan dengan kelebihan yang ada.

Kadangkala usaha dakwah kita lebih mirip kepada larian arnab. Larian ini juga membawa kita mencapai target tertentu. Mengambil pengajaran dari sang arnab sangat penting agar kita tidak berlari dengan angkuh, dengan kekuatan yang kita miliki sehingga memandang rendah pada pada kerja dakwah orang lain yang di anggap agak perlahan.

Tapi adakah kita ingin menjadi spt kura kura????

Sebenarnya inilah sunnah alam, kita tidak mungkin akan terus berlari berterusan, namun kita tidak juga boleh terus berhenti dari meneruskan perjuangan.. dan ketika inilah kita menjadi kura kura yang sejati..terus berjalan dan berjalan sehingga sampai di garisan penamat.

Dan akhirnya kura kura menang kerana terus berjalan dan berjalan tanpa bertangguh dan leka dan kerana bertangguh dan leka lah akhirnya sang arnab kalah walaupun pantas berlari..

Kesimpulannya, kemenangan kura kura adalah ISTIQAMAH.

Bagi kita pejuang ISLAM, Istiqamah itu penting untuk terus berada dalam jalan dakwah walaupun bekerja seperti kura kura atau sang arnab..tiada sikap memandang remeh pada kemampuan orang lain.

Janganlah kita menjadi yang takut untuk berlari dalam perjuangan dan kalau berjalan tidak istiqamah…teruskan perjuangan yang kita fahami tanpa sebarang alasan.....