Monday, March 30, 2009

TERAMPUNKAH DOSAKU, BERTAUBATKAH AKU

Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosakuMasihkah ada ampunan buatku
Tuhan...Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan...Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindariTuhan...
Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan...Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur
Kini kukembali pada-MuMengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melandaKu tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-MuKekal tiada sudahnya...

"Ya Allah Ampuni dosa dosaku..kerdilnya diri ku dihadapanmu...terlalu banyak kesilapan yang kulakukan..berilah peluang untuk aku bertaubat...berikan aku kekuatan untuk tidak ulangi dosa dosa ku..Ya Rahman ya Rahim...berilah kesempatan padaku..lindungi lah keaibanku...pilihlah aku dan golongkanlah aku dalam manusia pilihan mu, yang kau payungi rahmatmu....

Biar berlinangan airmata
Ku takkan hentikannya
Biarkan ia menyembuh luka
Hilanglah rasa duka
Tidak ku termampu merentasi liku-liku
Oh tidak ku mampu menghadapi semua itu
Oh sungguh ku tak upaya
Jangan dibiarkan jerih perih kehidupan
Bisa meleraikan iman Kan hancur semuanya
Walau menitis airmata darah Tak bisa merubah segalanya
Melainkan taubat nasuha
Moga kan diterima
Namun ku percaya Masih ada kesudahannya
Kerana allah itu Maha kaya maha mendengar
Rintihan hamba-hambanya
Kerana sesiapa bertaqwa kepadanya
Pasti akan ada Jalan keluarnya
Rezeki yang tidak disangka-sangka
Cukup allah baginya Berkuasa segala-galanya
Terima seadanya

ntahla, malam ni terasa sangat syahdu.....terasa banyak nya dosa dan kurangnya ibadah padaNYA...adakah ibadah yang di lakukan selama ini diterimanya..dan dinilai olehMU Ya Allah..banyak lagi yang perlu kubaiki.....aku takut menjadi fitnah kepada dakwah...mg kita sama sama membantu membetulkan kesalahan.....Ku serahkan sepenuhnya diriku PadaMu..moga malam ini muhasabahku panjang mencari kelemahan dan membaikinya...

Monday, March 23, 2009

MUSLIMAH SOLEHAH MMG TAK GUNA

jgn terkejut dengan tajuk..Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu anda bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan.Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, nyatakan komen anda secara terbuka.
1. Perempuan yang bergelar muslimah itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.
2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.
3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.
4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang tidak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalamayat 24-26 surah Ibrahim.
5. Perempuan muslimah tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.
6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.
7. Perempuan yang memahami etika dalam islam memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini”Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik” ‘Tunduk’ di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. “Penyakit dlm hati” adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.
8. Perempuan yang menjaga maruah islam memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?
9. Perempuan islam tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak ‘berharga’ dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.
10. Jadilah perempuan islam & muslimah yang B E R G U N A
- di copy n paste untuk peringatan -

Friday, February 20, 2009

salam untuk semua umat Islam...
sudah lama tidak menulis di dalam blog sekadar menjelajah blog2 orang lain..
terlalu sibuk dengan dunia mendidik anak2 di sekolah dan segalanya.
terasa rindu pada segalnya dan "waktu ketika dulu".segala galanya indah bersama dalam pentarbiyah..ah tiba2 hari ini terasa ingin meluah rasa hati sedangkan blog yang di buat lebih terdorong kpd info..
maybe, arini terasa sayu sikit kot..baru selesai qiam ting 3,4,5 kat sekolah..macam2 kerenah melayan anak2 remaja yang 1001 perangai..tak mampu untuk memahami segalanya dan kadang2 terpaksa mengikut emosi bila berhadapan dengan kerenah anak2 yang agak "memberontak"..Ya Allah berikan aku kesabaran"Ikhlaskan diriku sepenuhnya..

Aku rasa rindu saat bersama akhawat..terlalu indah dan sama2 melakar janji setia untuk mewakafkan diri untuk Islam dan bekerja..mengimpikan untuk bersama..tapi akhirnya berpisah jua akhirnya kita

Kita berpisah hanya sementara,
kerana pertemuan bukan milik kita,
jasad dan suara berjauhan sentiasa
bertemu tidak jemu, berpisah tak gelisah.
Namun kita perlu akur pada ketentuan Allah, perpisahan kita tidak bermakna berakhir tugas bersama kita..maka inilah titik percaturan dunia Tarbiyah n Dakwah yang kita FAHAM... MUNTALAQ KITA...DIMANA...jawapan nya disini di medan kita.perpisahan kita bukanlah kerana perbalahan tapi kerana tanggungjawab masing2..dan aku terus tercampak di daerah pertama aku mengenal ISLAM...
Mulanya terasa keseorangan menjalan MISI tanpa akhawat yang sama2 dalam tarbiyah..tanpa saudara mara, tanpa teman utk berkongsi cerita dakwah, terpaksa merantau kerumah orang bila tiba hari minggu yang kosong tanpa aktiviti usrah or daurah..terutama pada waktu malam bila keseorangan terpaksa menumpang tidur..ah itu menjadi alasan yang kuat untuk balik ke daerah sendiri. tapi hati terasa sangat keras untuk balik, masih belum berfikir perancangan dakwah untuk daerah sendiri.teruknya aku, masih belum berani...
Akhirnya aku teruskan MISI untuk terus berada di daerah ini,dan berganding dengan akhawat yang sangat ramai disini untuk laksananakan MISI pentarbiyahan..oh Tuhan, rupanya aku tidak keseorangan, akhawat lain juga adalah akhawat ku..aku perlu bersyukur dan perlu positif menerima semua orang yang sefikrah..
keberadaan aku di dunia pendidikan, meletakkan inilah DUNIA DAKWAH YANG PALING HAMPIR DENGAN DIRIKU...aku cuba dan terus mencuba untuk memahamkan mereka TANGGUNGJAWAB sebenar KITA..dalam percubaan itulah kadang kadang aku kalah dengan emosi..kesabaranku hilang, hikmahku kadang2 hilang bila diuji dengan anak2 yang pelbagai perangai..YA Allah kuatkan aku..aku ingin mereka jadi MANUSIA..AKU INGIN MEREKA FAHAM ISLAM,AMALKAN ISLAM..adakah terlalu ideal pengharapan ku ini..adakah salah cara ku..dengan bilangan mereka yang ramai dan aku keseorangan memahami fikrah kita disini, akhirnya aku tak mampu untuk fokus semua..ah ah..anak2 didik ku..fahamilah..aku ingin antum mengamalkan ISLAM sebenar..aku tidak berniat untuk mengongkong antum..kadang2 aku keliru..bila ditegur pasal aurat antum merungut,bila disebut ikhtilat antum menjawab nak kawan ngan orang lelaki pun tak boleh..bila disuruh menjaga tingkahlaku antum menjawab semua tak boleh, so ape yang antum nak???Insyaallah doa muallimah antum akan faham mengapa muallimah sering "berceramah"..tapi bukanlah semuanya begitu,yang selebihnya PEMBAKAR SEMANGATKU untuk terus berada disini..kalau bukan kerana kalian rasanya aku mencari daerah lain meneruskan MISIKU yang tidak berkesudahan selagi hayat...kesediaan antum menerima tarbiyah tanpa banyak bicara, menanti arahan demi arahan tanpa rungutan..bertanya bilakah aktiviti tarbiyah seterusnya..seolah2 tidak sabar menanti pentarbiyahan seterusnya..sangat bersemangat...Ya ALLAH TETAPKAN IMAN KAMI,MG TABAH HATI TAK BERBELAH BAGI...
maka di sini lah MUNTALAQ KU ......
Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk terus berjuang...mampu menempuh mehnah, tambahkan kesabaran dalam diriku...

Tuesday, January 20, 2009

kAmU PerLu MeRuBaH DuNIa WLuPun KeSeOrANgAn

Masyarakat muslim cukup unik binaan strukturnya. Islam mendidik individu-individunya agar setiap orang daripada mereka menjadi satu unit yang lengkap lagi melengkapi. Dia seumpama batu-bata yang teguh, disusun bersama batu bata yang lain dalam binaan yang besar.
Proses ini bermula sejak pembentukan masyarakat Islam pertama di bawah petunjuk Nabawi. Antara seruan pertama Islam ialah sabda Rasul s.a.w (yang bermaksud):
“Allah memberi hidayah melalui kamu seorang lelaki lebih baik bagi kamu daripada unta Humr an-Ni’am(jenis unta yang paling tinggi nilainya)” [Muttafaq ‘alaih)
Semenjak saat itu, setiap individu daripada generasi awal Islam memikul fikrah Islamiah dan aqidah yangmurni dalam pemikiran mereka, begitu juga keimanan yang mendalam dan mantap di dalam jiwa-jiwa mereka.Sehingga ianya terserlah dalam kata-kata, tingkah laku dan gerak diam mereka. Setiap individu di kalangan mereka seolah-olah membentuk sebuah umat. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w terhadap peribadi Abu ‘Ubaidah al-Jarrah: “Dia diutuskan sebagai sebuah umat”
Khalid al-Walid di medan perang mewakili sebuah umat. Beliau bertanggungjawab melemah dan menumbangkan Rom di tanah Arab.
Abdul Rahman bin ‘Auf di dalam bidang ekonomi mewakili sebuah umat. Dialah yang berperananmemecahkan monopoli Yahudi di Madinah yang sekian lama sebelumnya menguasai kegiatan ekonomi Madinah.
‘Umar al-Khattab dalam soal keadilan mewakili sebuah umat. Lorong-lorong Madinah dijelajahinya untukmenangani permasalahan rakyat. Gabenor dan penguasa dihimpun setiap tahun untuk dikaji siasat. Perhimpunan haji saban tahun dijadikan tele-aduan umat.
Mus’ab bin ‘Umair pula dalam usaha da’wah mewakili sebuah umat. Tiada satu rumah di Madinah melainkan dimasuki sinar da’wah Islamiah dan petunjuk al-Quran.
Mu’az bin Jabal dalam soal halal haram mewakili sebuah umat. Zaid bin Thabit dalam soal hukum hakam pusaka mewakili sebuah umat. Banyak dan banyak lagi contoh individu di kalangan mereka yang sedemikian.
Benarlah kata-kata mereka yang menyifatkan:
“Suara Qa’qa’ di medan perang menyamai seribu pahlawan”. Bukankah beliau mampu menyusun kembali tentera muslimin yang kucar kacir, menaikkan semangat juang mereka, mengacau bilaukan musuh, mencari titik kelemahan mereka dan lain-lain lagi.
Setiap seorang daripada mereka hanyalah seorang individu, tetapi dengan tekad kemahuan serta amalkerja, dia seolah-olah sebuah umat, mengubah wajah sejarah dengan usahanya itu. Sebagaimana yangdikatakan:
“Amal praktik seorang lelaki di kalangan seribu lelaki lebih baik daripada kata-kata seribu lelaki kepadaseorang lelaki”.
Mereka berusaha seolah-olah tiada sesiapa di sekelilingnya yang turut bekerja bersamanya. Seolah-olah dia ingin memulakan binaan Islam dengan tangannya dan menyempurnakannya dengan tulang empatkeratnya.
Kesungguhan inilah yang didapati oleh ‘Umar al-Khattab di kalangan tenteranya. Beliau berkata:
“Sungguh mengkagumkan aku, panglima perang yang jika kamu melihatnya, kamu menyangkanya seorang tentera bawahan yang patuh. Mengkagumkan aku juga, tentera bawahan yang jika kamumenyaksikannya, kamu menyangkanya seorang panglima berkaliber”.
Lantaran ini, mereka telah merubah sejarah dunia, memimpin dan membinanya dengan baik. Tiada seorang pun di kalangan mereka yang memperkecilkan dirinya atau apa yang dilakukannya.Mereka amat memahami sabda Rasulullah s.a.w:
“Sampaikan daripada aku walaupun sepotong ayat” [Diriwayatkan oleh al-Bukhari]
Amal kerja dan sumbangan mereka tidak terhenti di satu tahap, bahkan ke penghujung nafas yang terakhir. Lihatlah Abu Ayyub al-Ansori yang mati syahid di pinggir pagar kota Konstantinople dalam usianya 80 tahun. Pada saat kematiannya, dia tidak menghentikan sumbangannya kepada Islam, bahkan menyampaikan kepada muslimin sebuah hadis yang pernah didengarnya daripada Nabi s.a.w:
“Sekiranya Kiamat berlaku sedangkan di tangan salah seorang daripada kamu anak pokok, maka tanamkanlah ia” [Diriwayatkan oleh Ahmad]
Nilai dan sikap ini satu fenomena biasa di dalam masyarakat muslim pada sepanjang zaman. Setiapindividunya menjadi batu-bata kepada binaan Islam yang agung. Mereka saling memperkukuhkan yang lain dalam segenap bidang dan lapangan. Hasil usaha mereka yang gigih, sesiapa yang melihat binaan Islam akan berkata:
Alangkah indahnya! Alangkah hebatnya Islam! Dengan penuh tawadhu’ dan ikhlas, mereka tidak reladiri mereka hidup dengan kehidupan haiwan yang didambakan oleh mereka yang kufur kepada Allah.
“Dan orang-orang yang kafir berseronok dan makan seperti binatang ternakan makan. Nerakalah tempatmereka” [Muhammad: 12]
Mereka tidak akan duduk berpeluk tubuh melihat sekeliling tanpa melakukan sesuatu. Akan tetapi mereka mengangkat slogan Nabi s.a.w:
“Orang mukmin kepada mukmin yang lain seperti satu binaan yang saling kuat menguat satu sama lain”[Muttafaq ‘alaih]
Lantaran itu kita dapat lihat Ibnu al-Haitham, Ibnu al-Nafis dan Ibnu Rusyd saling lengkap melengkapikepakaran mereka. Setiap seorang daripada mereka saling menguatkan yang lain untuk meninggikan binaan Islam.
Akan tetapi pada zaman yang semakin kabur ghayah, bercampur aduknya visi hidup serta bersimpang siurnya misi masyarakat, pada saat yang sama binaan Islam semakin goyah dan rapuh, siapakah yang ingin mewakili umat mengembalikan binaannya yang agung?
Siapakah yang akan mewakili umat mengembalikan manusia kepada Tuhannya, memerdekakan mereka daripada belenggu syahwat, hawa dan material?
Siapakah yang akan mewakili umat menyelamatkan mereka daripada kejahilan?
Siapakah yang akan mewakili umat mempamer keindahan kesyumulan Islam dan membongkar wajah hodoh sekular? siapakah yang akan mewakili umat mengembali martabat syari’at serta menumbang kezaliman hukum manusia? Siapakah yang akan mewakili umat menyekat ancaman serangan Zionis dan Salibi Antarabangsa?
Siapakah yang akan mewakili umat memecah monopoli Yahudi dan US, menyediakan barangan alternative kepada barangan mereka?
Siapa? Siapa? Siapa?
Pastikan kita!!!

Thursday, January 15, 2009

RUMAH TANGGA DAKWAH DAN PENDAKWAH


Rumah tangga Dakwah dan Pendakwah hari ini

Membina baitul Muslim seorang Pendakwah bukan satu perkara main main dan di ambil mudah…argh..satu yang terlalu kompleks dan perlu diperhalusi terutama AKHAWAT.
Bayangkan keaktifan seorang akhawat satu ketika sebelum berkahwin amat hebat dan penuh dengan pengorbanan….namun akhirnya dipinang oleh lelaki yang bukan SEFIKRAH, terpaksa diterima lantaran kekurangan IKHWAH setelah mana dipertimbangkan amal Islaminya…Allhamdulillah tergolong dalam golongan LELAKI BAIK DAN MUHSIN..ana bukanlah menafikan ketentuan takdir dan Jodoh namun apa yang menyedihkan adalah akhirnya KEAKTIFAN menjadi semakin perlahan.Alasan “suami ana tak berapa faham”, ana perlu fahamkan suami dulu”.Akhirnya kita hanya jadi PENGIKUT bukan PENGGERAK
Tertarik dengan kata kata yang di ucapkan oleh Ukhti Zainab Al Ghazali ketika mana beliau di uji dalam perkahwinannya bukan dengan IKHWAN, Katanya”Perkahwinan ku adalah kerana Allah.Hidup Matiku adalah Dakwah,sekiranya Perkahwinan menjadi penghalang kepada Kerja Dakwah, maka akan kupilih Dakwah dan mengakhiri perkahwinanku..Masyaallah itulah MUSLIMAH yang mengorbankan diri DEMI DAKWAH ..
Kadang kadang AKHAWAT “yang agak dah berumur” terfikir untuk mengakhiri zaman bujangnya tapi dengan reality sekarang kesukaran untuk mencari IKHWAH yang menyebabkan akhawat perlu berfikir panjang..
Bagi yang berfikir dan terus berfikir, pergantungan Allah mengatasi segalanya..tidak sanggup untuk berdepan dengan risiko menerima siapa sahaja, asalkan BAIK lantaran risikonya adalah KEAKTIFAN AKAN BERKURANG. Masih belum bersedia untuk mengurangkan kerja tarbiyah semata mata untuk merai dan memberi kefahaman kepada SUAMI untuk mereka faham tugas kita…ahhh tidak sanggup untuk korbankan…biarlah memilih terus bersendiri meneruskan Risalah Rasulullah disamping pergantungan yang kuat pada Allah untuk MEMBINA BAITUL MUSLIM DAKWAH DAN PENDAKWAH..Bukanlah terlalu memilih untuk memiliki lelaki yang terlalu ideal tp cukuplah dia dan kita adalah SEFIKRAH.

Menyeru kepada Akhawat yang terkedepan dan amat aktif di medan, berfikirlah semasaknya dalam membina Bait Muslim, supaya keaktifan kita tidak berakhir dengan sia sia. Siapa yang akan meneruskan tugas untuk mengkaderkan MUSLIMAH klu bukan kita.
HIDUP MATIKU ADALAH DAKWAH DAN TARBIYAH..

Friday, November 28, 2008

qiam zahrawat



baru abis qiam anak2 zahrawat...yang tgh berkembang mencari tarbiyah..alhamdulillah qiam yang last minute dirancang dapat juga peserta 21 orang bersama kakak fasi...kak aisyah, kak tmah, kak khaulah yang begitu semangat memberi mutiara2 untuk adik2..insyaallah bakal menjejaki antum...



mmg hebat anak2 ni, disuruh mengkaji satu ayat dalam alquran, diberinya 2,3 ayat dan menghurai dengan amat detail.alhamdullillah mg antum manfaatkan sebaiknya sbg daie.


untuk yang baca blog ni, ingin diwar war kan. ada kesinambungan program ni...pada 5 disember(usrah gabungan) di atas bangunan klinik Islah. datang beramai ramai ye untuk pemeringkatan tarbiyah ruhi...bukan sekadar kelas tuisyen je tau......


pastu 25-26 disember - ada rehlah...yang ni lagi best...kita bergames sambil melihat, memahami kejadian Alam ciptaan Allah...


Sunday, November 23, 2008

BUKAN UNTUK SIMANJA..........

bukan untuk si manja…. !
Pencerahan bukan untuk orang manja

Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, l
ompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,
-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
-yang cepat mengalah,
-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.
-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.
Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.

Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.
Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,Tanpa tarbiyyah,Tanpa dakwahBelum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.
Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa.
Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.Berbahagialah seadanya.
Saya menghitung diri.Terlalu kerap menuturkan.“saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..
”Adakah ini petandanya saya terlalu manja?Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.“amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”
Ya, Tarbiyah tidak memerlukan aku tapi aku yang memerlukan TARBIYAH.
DAKWAH tetap berjalan biarpun tanpa kehadiran aku
Ya Allah tetapkan aku dengan JALAN YANG LURUS